Hasrat penyanyi Ernie Zakri untuk menonton konsert idolanya iaitu Beyonce Knowles secara langsung akhirnya menjadi kenyataan pada Sabtu. Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata, dia sudah lama memasang impian untuk menonton persembahan penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu dan tidak menyangka ia kini menjadi kenyataan.
Malah Ernie bersama suami, Syamel terbang ke kota London bagi menghadiri Beyonce Renaissance World Tour yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium London. "Ini impian saya... yang mana kenal saya, tahu la macam mana saya punya suka dengan Beyonce. "Dulu selalu tanam hasrat nak pergi konsert Beyonce, tapi bila itu tak pernah terfikir," katanya. Ernie berkongsi keterujaannya itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad selain memuat naik beberapa foto suasana ketika berada di dalam stadium tempat konsert berlangsung.
Dalam pada itu, Ernie memberitahu kegembiraan itu jadi lebih bermakna apabila Syamel menemaninya tambahan pula penyanyi itu yang banyak membantu merakam gambar dan video untuknya. Kata Ernie, dia berharap, konsert Beyonce bukan terakhir buat mereka suami isteri dan berharap ada rezeki menghadiri persembahan lain bersama. "Terima kasih sayang Syamel sudi sama-sama tengok konsert. Moga ada rezeki lagi nak pergi konsert lain, amin. "Banyak video suami rakam, saya tak berapa banyak. tak pandai nak rakam sambil tengok (menonton konsert)," ujarnya.
|
lucky_peace replied at 4-6-2023 09:17 PM
Acik beyonce ni kerap gak eh bt konsert.
lucky_peace replied at 4-6-2023 09:17 PM
Acik beyonce ni kerap gak eh bt konsert.
burungburung replied at 5-6-2023 04:00 AM
buat world tour setahun, rehat 3-4tahun.
tgk Netflix yg kisah Whitney tu. Nak cover cost expenses s ...
ADVERTISEMENT