Puchong: Empat remaja berusia lingkungan 16 dan 17 tahun antara 16 warga Myanmar dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang diselamatkan dalam operasi di sebuah kilang besi di sini, semalam.
Menurut sumber, kesemua individu berkenaan merupakan lelaki warga asing berusia 16 sehingga 48 tahun. "Siasatan awal mendapati pasport mangsa telah ditahan majikan, tempat tinggal tidak kondusif selain mangsa bawah umur yang menjalankan kerja berbahaya," katanya kepada Harian Metro. Pada masa sama, pihak polis turut menahan seramai 34 lelaki Myanmar dan masing-masing satu lelaki Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan imigresen..
"Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun berperanan sebagai pengurus kilang terbabit telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007," katanya. Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang. "Siasatan turut dijalankan di bawah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta yang sama Imigresen serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya Operasi jam 4.30 petang itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT