CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 560|Reply: 3

Empat Remaja Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

[Copy link]
Post time 3-6-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Puchong: Empat remaja berusia lingkungan 16 dan 17 tahun antara 16 warga Myanmar dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang diselamatkan dalam operasi di sebuah kilang besi di sini, semalam.


Menurut sumber, kesemua individu berkenaan merupakan lelaki warga asing berusia 16 sehingga 48 tahun.


16 individu dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan dalam operasi di sebuah kilang besi di sekitar Puchong, semalam.




"Siasatan awal mendapati pasport mangsa telah ditahan majikan, tempat tinggal tidak kondusif selain mangsa bawah umur yang menjalankan kerja berbahaya," katanya kepada Harian Metro.


Pada masa sama, pihak polis turut menahan seramai 34 lelaki Myanmar dan masing-masing satu lelaki Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan imigresen..


"Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun berperanan sebagai pengurus kilang terbabit telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Atipsom 2007," katanya.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D3 Atipsom, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.


"Siasatan turut dijalankan di bawah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta yang sama Imigresen serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya


Operasi jam 4.30 petang itu dijalankan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Task Force Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat Malaysia ni depa ok je dari rakyat kita yg jat Vietnam,  kemboja tu lagi teruk kena dera...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua sebab Melayu malas, atau Melayu malas sebab ini?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 3-6-2023 11:49 PM
Ini semua sebab Melayu malas, atau Melayu malas sebab ini?

orng jepun,korea,us,france,GB pung malas....BUKTI....tak nak kerja cam PATI..bangla,nepal,myanmar,indon ni...kt Msia...itula hakikat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.091870 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list