CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dedikasikan Lagu Buat Suami, Bella Astillah Percaya Dan Akan Sentiasa Di Sisi Aliff

1-6-2023 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 419| Komen: 3

Mengakui ibu insan yang sentiasa ada bersama di sisinya ketika melalui saat sukar dalam rumah tangga, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 29, menjadikan sikap lemah-lembut Eina Astillah dalam menguruskan anak-anak dan keluarga sebagai contoh untuk dirinya.



IG

"Ibu selalu ingatkan saya agar banyak bersabar dan tenang.

"Biarlah apa orang nak cakap di media sosial dan jangan balas. Jadi, ibu adalah kekuatan saya dalam kehidupan. Saya doakan ibu sentiasa berada dalam keadaan baik dan sihat-sihat selalu," katanya ditemui baru-baru ini.



Katanya, dia sendiri tidak dapat membayangkan sekiranya ibu tiada di sisi ketika berhadapan masalah.

Bella yang kini semakin aktif dalam nyanyian berkata, dia sudah menyanyi sejak kanak-kanak dan pernah menghasilkan beberapa album memuatkan lagu kanak-kanak bersama adiknya, Didi Astillah.

"Saya selesa melihat positif dalam perjalanan karier nyanyian dan berharap ia mampu bergerak seiring dengan lakonan. Saya mahu meraih kejayaan diimpikan dalam dua bidang diceburi ini," katanya.


IG

Bella yang melancarkan single terbaharu, Tetap Di Sini beberapa bulan lalu mendedikasikan lagu itu khas buat suaminya yang juga pelakon Aliff Aziz.

Katanya, ada lirik ditulis memang dituju kepada Aliff yang menggambarkan perasaan sebenarnya.

"Saya memang tidak kisah apa yang orang nak kata mengenai rumah tangga dan diri saya. Sebabnya, kita memang tak boleh nak tutup mulut mereka. Jadi, tak mengapalah kalau mereka nak cakap apa-apa pun.

"Mereka pun tak tahu perkara yang sebenar apa yang sudah berlaku antara kami suami isteri. Cuma, saya akan terus berada di sisi Aliff selagi ada jodoh kami bersama dan dipanjangkan usia," katanya.

Bella berkata, dia juga mempercayai suaminya itu. Malah, dengan apa yang berlaku sebelum ini, mereka juga mengambil pendekatan untuk memperbaiki kekurangan diri masing-masing.


IG

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mendirikan rumah tangga dengan Aliff yang berasal dari Singapura pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.

Walaupun pernah berhadapan kemelut dalam rumah tangga dengan kehadiran 'orang ketiga', pasangan ini tetap berjaya mempertahankan mahligai cinta mereka dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 1-6-2023 10:30 AM
Ya lah...ko ni kerja menunggang isu alip je.camne nak glemer kalo alip x curang
Quote Binodino 1-6-2023 10:33 AM
Lepas ni kalau laki kau menggatal lagi jangan nak merempan & salahkan si penyondol. Salahkan jugak laki kau yang kau percayakan sangat tu yang dah berkali2 curang.
Quote tasha 1-6-2023 10:50 AM
Tinggu 2024 mesti ada cerita skandal terbaru laki????????????????

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.036119 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top