Katanya, dia sendiri tidak dapat membayangkan sekiranya ibu tiada di sisi ketika berhadapan masalah.
Bella yang kini semakin aktif dalam nyanyian berkata, dia sudah menyanyi sejak kanak-kanak dan pernah menghasilkan beberapa album memuatkan lagu kanak-kanak bersama adiknya, Didi Astillah.
"Saya selesa melihat positif dalam perjalanan karier nyanyian dan berharap ia mampu bergerak seiring dengan lakonan. Saya mahu meraih kejayaan diimpikan dalam dua bidang diceburi ini," katanya.
IG
Bella yang melancarkan single terbaharu, Tetap Di Sini beberapa bulan lalu mendedikasikan lagu itu khas buat suaminya yang juga pelakon Aliff Aziz.
Katanya, ada lirik ditulis memang dituju kepada Aliff yang menggambarkan perasaan sebenarnya.
"Saya memang tidak kisah apa yang orang nak kata mengenai rumah tangga dan diri saya. Sebabnya, kita memang tak boleh nak tutup mulut mereka. Jadi, tak mengapalah kalau mereka nak cakap apa-apa pun.
"Mereka pun tak tahu perkara yang sebenar apa yang sudah berlaku antara kami suami isteri. Cuma, saya akan terus berada di sisi Aliff selagi ada jodoh kami bersama dan dipanjangkan usia," katanya.
Bella berkata, dia juga mempercayai suaminya itu. Malah, dengan apa yang berlaku sebelum ini, mereka juga mengambil pendekatan untuk memperbaiki kekurangan diri masing-masing.
IG
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mendirikan rumah tangga dengan Aliff yang berasal dari Singapura pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Walaupun pernah berhadapan kemelut dalam rumah tangga dengan kehadiran 'orang ketiga', pasangan ini tetap berjaya mempertahankan mahligai cinta mereka dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 5, dan Ara Adreanna, 2.
Sumber: Harian Metro