Tiga persatuan menggesa pihak pengurusan Awesome TV untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fazdil selepas stesen televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan seolah-olah meminta agar Fahmi tidak masuk campur dalam urusan bayaran tertunggak membabitkan beberapa pelakon.
Wakil persatuan industri hiburan tempatan turut menzahirkan rasa kesal apabila pihak Awesome TV menganggap seolah-oleh Fahmi tidak mempunyai kuasa menyelesaikan masalah berkaitan industri selain memperjuangkan nasib penggiat seni yang tertindas. Presiden Persatuan Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, teguran dibuat Fahmi satu kebenaran selain mempamerkan sikap prihatin dalam menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Dalam pada itu, Mat London berkata, pihaknya sendiri pernah menerima beberapa aduan tentang kelewatan pembayaran stesen TV berkenaan oleh penggiat seni selepas kerja disiapkan.
"Kami khuatir perkara ini dieksplotasi pihak tertentu untuk dijadikan agenda dan polemik politik," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar. "FDAM berharap agar Awesome TV dapat segera menyelesaikan segala masalah dalaman berkaitan dengan pembayaran kepada penerbit atau penggiat seni demi kelangsungan hidup mereka yang hanya bersandarkan kepada kerjaya seni," ujarnya. Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha pula memberitahu terdapat penerbit mengambil sumber kewangan daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan bagi membiayai kandungan penerbitan program Awesome TV sehingga terpaksa menanggung hutang. Kata Pasha, kelewatan pembayaran menyebabkan masalah bagi mereka melunaskan hutang kepada institusi kewangan selain terpaksa menanggung kadar faedah kelewatan dan tunggakan. "Dilema kelewatan pembayaran ini menjadi stigma kepada penerbit yang tidak mempunyai modal besar serta menggangu dan menggagalkan hasrat kerajaan dalam melestari eko-sistem sedia ada. "Bantuan dan khidmat nasihat serta teguran ikhlas menteri adalah kelegaan dan rintihan keluhan industri," katanya. Sementara itu, presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi pula berpendapat kenyataan berani Awesome TV itu secara langsung mencabar kesabaran dan sentimen anak-anak seni tempatan. Zed menyarankan agar stesen TV itu serta vendor yang dilantik dapat bertemu dengan Fahmi bagi meleraikan masalah dalaman khususnya aspek penyiar atau penerbitan program Awesome TV secara beradab. "Masalah dalaman Awesome TV berkaitan pembayaran kepada penerbit dan penggiat seni secara langsung memberi kesan kepada pelakon-pelakon tempatan," katanya. Wakil Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) Khalil Saleh pula memberitahu kegagalan mematuhi perjanjian awal di antara penerbit dan penyiar secara tidak langsung membebankan pekerja di belakang tabir yang telah menyelesaikan tugas mereka. Awesome TV katanya perlu bersikap profesional selain memikul tanggungjawab serta menerima teguran dibuat Fahmi demi kepentingan semua pihak. Sumber: mStar
|
dudaberhias replied at 31-5-2023 08:34 PM
memang gampunk betul pengarah absem TV tu dengan tak padan muka macam jabba the hutt... dah la satu ...
Purplehaz replied at 31-5-2023 11:26 PM
Kalau perasan..Sblum ni dh bertikam lidah dgn fami ni pun..mcm2 isu.. so fami ni mainkan lah isu ni ...
Lampuled replied at 1-6-2023 06:27 AM
Ada ke org tgk channel ni? And satu lg dah dia ada issue payment why la still ada nk ambik job dgn ...
tompie replied at 1-6-2023 10:12 AM
Mat London ni yang biasa berlakon cite arwah Mamat Khalid kan? Misai tebal bagai tu?
Muka mcm famili ...
mizruncing replied at 1-6-2023 09:45 AM
ada la u.. skrg org kg semua ada mytv. dah sah2 tu je cerita yg best nak tgk
tompie replied at 1-6-2023 10:12 AM
Mat London ni yang biasa berlakon cite arwah Mamat Khalid kan? Misai tebal bagai tu?
Muka mcm famili ...
tompie replied at 1-6-2023 10:12 AM
Mat London ni yang biasa berlakon cite arwah Mamat Khalid kan? Misai tebal bagai tu?
Muka mcm famili ...
ADVERTISEMENT