CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2680|Reply: 23

Kelantangan Awesome Tv Terhadap Fahmi Fadzil Memalukan, Persatuan Seni Minta Buat Permohonan Maaf

[Copy link]
Post time 31-5-2023 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Tiga persatuan menggesa pihak pengurusan Awesome TV untuk tampil memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fazdil selepas stesen televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan seolah-olah meminta agar Fahmi tidak masuk campur dalam urusan bayaran tertunggak membabitkan beberapa pelakon.


Wakil persatuan industri hiburan tempatan turut menzahirkan rasa kesal apabila pihak Awesome TV menganggap seolah-oleh Fahmi tidak mempunyai kuasa menyelesaikan masalah berkaitan industri selain memperjuangkan nasib penggiat seni yang tertindas.






Presiden Persatuan Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, teguran dibuat Fahmi satu kebenaran selain mempamerkan sikap prihatin dalam menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.


Dalam pada itu, Mat London berkata, pihaknya sendiri pernah menerima beberapa aduan tentang kelewatan pembayaran stesen TV berkenaan oleh penggiat seni selepas kerja disiapkan.


"Kami khuatir perkara ini dieksplotasi pihak tertentu untuk dijadikan agenda dan polemik politik," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.


"FDAM berharap agar Awesome TV dapat segera menyelesaikan segala masalah dalaman berkaitan dengan pembayaran kepada penerbit atau penggiat seni demi kelangsungan hidup mereka yang hanya bersandarkan kepada kerjaya seni," ujarnya.






Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha pula memberitahu terdapat penerbit mengambil sumber kewangan daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan bagi membiayai kandungan penerbitan program Awesome TV sehingga terpaksa menanggung hutang.


Kata Pasha, kelewatan pembayaran menyebabkan masalah bagi mereka melunaskan hutang kepada institusi kewangan selain terpaksa menanggung kadar faedah kelewatan dan tunggakan.


"Dilema kelewatan pembayaran ini menjadi stigma kepada penerbit yang tidak mempunyai modal besar serta menggangu dan menggagalkan hasrat kerajaan dalam melestari eko-sistem sedia ada.


"Bantuan dan khidmat nasihat serta teguran ikhlas menteri adalah kelegaan dan rintihan keluhan industri," katanya.


Sementara itu, presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi pula berpendapat kenyataan berani Awesome TV itu secara langsung mencabar kesabaran dan sentimen anak-anak seni tempatan.






Zed menyarankan agar stesen TV itu serta vendor yang dilantik dapat bertemu dengan Fahmi bagi meleraikan masalah dalaman khususnya aspek penyiar atau penerbitan program Awesome TV secara beradab.


"Masalah dalaman Awesome TV berkaitan pembayaran kepada penerbit dan penggiat seni secara langsung memberi kesan kepada pelakon-pelakon tempatan," katanya.


Wakil Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) Khalil Saleh pula memberitahu kegagalan mematuhi perjanjian awal di antara penerbit dan penyiar secara tidak langsung membebankan pekerja di belakang tabir yang telah menyelesaikan tugas mereka.


Awesome TV katanya perlu bersikap profesional selain memikul tanggungjawab serta menerima teguran dibuat Fahmi demi kepentingan semua pihak.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 08:34 PM | Show all posts
memang gampunk betul pengarah absem TV tu dengan tak padan muka macam jabba the hutt... dah la satu keluarga hodoh...

sampai mertua adik dia pun gigih bawak pistol dan jadi terroris nak culik anak dia sendiri untuk keluarkan anaknya dari family gampunk keje tayang kete mewah ni...

tak padan dengan keturunan pari pari... asalkan ada je leluhur pari pari mesti perangai macam gampunk... no wonder kalau nampak ular kita kena belai ular tu dulu dan katuk satu lagi spesis tu...

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 31-5-2023 08:34 PM
memang gampunk betul pengarah absem TV tu dengan tak padan muka macam jabba the hutt... dah la satu  ...

Pegarah awesome tv ni ada relations dengan nynaa harizal tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalah stesen tv ni ya? Walaupun iols tak penah tgk tv ni.
Tp selalu sgt dah kuar cite tak best pasal dorang ni terutama bab urusan payment ni. Kesian la org dah buat job tp payment tak dapat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau perasan..Sblum ni dh bertikam lidah dgn fami ni pun..mcm2 isu.. so fami ni mainkan lah isu ni balik dan tempelak dorang.
Tp stesen tv ni mmg ikut kepla dia jer..dgn isu berita yg berbau politik.
Tp saluran berita dorang agak best jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak tengok tv. Siapakah pengurusan Awesome TV yg tak berapa awesome ni? Takbaikkk berhutang.. orang dah buat kerja siap semua dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi kayo nauuu family osem nih
Siap berjetsetting ke sana ke sini
Rumah lama sebesar alam
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena tukar nama Awful TV ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz replied at 31-5-2023 11:26 PM
Kalau perasan..Sblum ni dh bertikam lidah dgn fami ni pun..mcm2 isu.. so fami ni mainkan lah isu ni  ...

U tgok berita dorg?? I rasa kelakar...penyampai2 dorg rasa akward dgan sebutannya pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:55 AM From the mobile phone | Show all posts
lantak kau la nk bergaduh
aku suka 1 je awesome ni sbb ada hindustan movies jumaat dgn sabtu hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke org tgk channel ni?  And satu lg dah dia ada issue payment why la still ada nk ambik job dgn dia. Since channel tu pun tak brp glamer just whoryus kan je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:45 AM | Show all posts
Lampuled replied at 1-6-2023 06:27 AM
Ada ke org tgk channel ni?  And satu lg dah dia ada issue payment why la still ada nk ambik job dgn  ...

ada la u.. skrg org kg semua ada mytv. dah sah2 tu je cerita yg best nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:12 AM | Show all posts
Mat London ni yang biasa berlakon cite arwah Mamat Khalid kan? Misai tebal bagai tu?
Muka mcm familiar.. ahahahaha
Gugel2 pakcik ni tengok hebat tu.. lecturer kat UITM..
tahun 1977 dah keje kat BBC
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa macam parodi je berita dorang. Pembaca berita keras kejung... xnampak gaya pembaca berita
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 10:46 AM | Show all posts
tompie replied at 1-6-2023 10:12 AM
Mat London ni yang biasa berlakon cite arwah Mamat Khalid kan? Misai tebal bagai tu?
Muka mcm famili ...

Patut lah panggil Mat London. Edu dia power gile main London je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 1-6-2023 09:45 AM
ada la u.. skrg org kg semua ada mytv. dah sah2 tu je cerita yg best nak tgk

I see.. i je la yg tak sempat nk tgk.  I tgk rtm and tv3 je

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 1-6-2023 10:12 AM
Mat London ni yang biasa berlakon cite arwah Mamat Khalid kan? Misai tebal bagai tu?
Muka mcm famili ...

Mat london ni jugak bekas suami fadhilah mansor sebelum acik tu jadi mak tiri khir rahman
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:50 AM | Show all posts
tompie replied at 1-6-2023 10:12 AM
Mat London ni yang biasa berlakon cite arwah Mamat Khalid kan? Misai tebal bagai tu?
Muka mcm famili ...

kan..ni yang dikata don't judge book by its cover.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049054 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list