Tular satu peristiwa di mana pengantin lelaki membawa rombongan 'sekampung' dalam satu majlis perkahwinan di Indonesia. Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman TikTok, pengantin lelaki pada awalnya dilihat berdiri di barisan hadapan rombongan yang sedang berarak ke rumah pengantin perempuan.
Dia yang memakai persalinan berwarna putih ditemani ibu dan bapanya. Ketika perakam bergerak ke bahagian belakang, rombongan tersebut rupa-rupanya terdiri daripada ramai orang yang jumlahnya tidak dinyatakan sambil memegang barang hantaran. Jumlah mereka dikatakan menyamai penduduk di kawasan kampung tersebut. Menurut laporan, pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukan sekadar tinggal sekampung, bahkan kedua-dua keluarga turut mempunyai ikatan kekeluargaan. Disebabkan itu, keluarga besar kedua-dua belah keluarga yang turut disertai oleh ramai penduduk kampung menyertai acara berarak itu.
“Ramai betul, ini sudah seperti acara berjalan secara sihat,” kata seorang pengguna media sosial. “Orang dapur berdebar-debar,” tulis pengguna lain. Sumber: Kosmo
|
bahkan kedua-dua keluarga turut mempunyai ikatan kekeluargaan.
ADVERTISEMENT