View: 451|Reply: 5
|
Pengantin Lelaki Bawa Rombongan 'Sekampung' Berarak
[Copy link]
|
|
Tular satu peristiwa di mana pengantin lelaki membawa rombongan 'sekampung' dalam satu majlis perkahwinan di Indonesia.
Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman TikTok, pengantin lelaki pada awalnya dilihat berdiri di barisan hadapan rombongan yang sedang berarak ke rumah pengantin perempuan.
TikTOk
Dia yang memakai persalinan berwarna putih ditemani ibu dan bapanya.
Ketika perakam bergerak ke bahagian belakang, rombongan tersebut rupa-rupanya terdiri daripada ramai orang yang jumlahnya tidak dinyatakan sambil memegang barang hantaran.
Jumlah mereka dikatakan menyamai penduduk di kawasan kampung tersebut.
Menurut laporan, pengantin lelaki dan pengantin perempuan bukan sekadar tinggal sekampung, bahkan kedua-dua keluarga turut mempunyai ikatan kekeluargaan.
Disebabkan itu, keluarga besar kedua-dua belah keluarga yang turut disertai oleh ramai penduduk kampung menyertai acara berarak itu.
“Ramai betul, ini sudah seperti acara berjalan secara sihat,” kata seorang pengguna media sosial.
“Orang dapur berdebar-debar,” tulis pengguna lain.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Pengantin Lelaki Bawa Rombongan 'Sekampung' Berak |
|
|
|
|
|
|
|
bahkan kedua-dua keluarga turut mempunyai ikatan kekeluargaan.
dua pupu?
bau-bau bacang?
kupu-kupu kacang. eh
|
|
|
|
|
|
|
|
Aneh2 org Indonesia ni ya. Kalo Sy bisa menyertain pasti kalian fikir Sy juga org Indonesia. Yg pastinya Indonesia bakal terus maju di bawah administrasi pak jokowi |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|