CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiba-Tiba Keluar Dari Celah Pokok, Budak 5 Tahun Maut Digilis Lori

25-5-2023 09:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1317| Komen: 25

Description: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut digilis lori di Kampung Paya Mengkuang Batang Tiga di sini pada petang Khamis.Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyu ...
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut digilis lori di Kampung Paya Mengkuang Batang Tiga di sini pada petang Khamis.

Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.



Sinar

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa dipercayai bermain bersama saudaranya di kawasan berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, dalam masa sama sebuah lori jenis Daihatsu Delta yang dipandu lelaki berusia 37 tahun ingin keluar simpang.

"Bagaimanapun mangsa dipercayai secara tiba-tiba keluar dari arah celah pokok dan berlari ke arah lori yang sedang bergerak.

"Akibatnya pemandu lori tidak perasan kehadiran mangsa lalu terlanggar sebelum menggilisnya.


Lori yang dipandu lelaki berusia 37 tahun yang terlibat dalam kemalangan itu. 

"Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 25-5-2023 10:08 PM
Ish….. ngerinya ya Allah. Kenapa la kenapa
Quote hokeypokey 26-5-2023 06:04 AM
tak tau nk komen apa hmmm
Quote AbukRokok 26-5-2023 07:37 AM
Mesti mak dia  gemok pemalas
Bangsa melaka mmg gemok2
Quote Buritan 26-5-2023 07:52 AM
Smlm aku poi mall dokek rumah.. time balik Ade seko budak duk main rel eskalator tuu.. aku tanye mak mana.. dia tak Tau jwb.. aku tunggu Lima minit yilekk.. budak tuu pun aku rasa autism..  aku pun nak bwk jumpa guard . Last last bpk dia kejo aku.. ckp anak dia bla bla.. bpk dia amik pas tuu letak blk kat eskalator pas tuu rayap blk.. bodo punya. Bapak
Quote midori888 26-5-2023 08:08 AM
Buritan replied at 26-5-2023 07:52 AM
Smlm aku poi mall dokek rumah.. time balik Ade seko budak duk main rel eskalator tuu.. aku tanye mak ...



kan bahaya main kat escalator....tak bertanggungjawab punya bapa....
Quote Buritan 26-5-2023 08:10 AM
midori888 replied at 26-5-2023 08:08 AM
kan bahaya main kat escalator....tak bertanggungjawab punya bapa....

Aku amik pun takut tgn dia termasuk kek eskalator tuu laa.. ujung ujung dah induk letak situ jgk.. lntk ko laa
Quote midori888 26-5-2023 08:15 AM
Buritan replied at 26-5-2023 08:10 AM
Aku amik pun takut tgn dia termasuk kek eskalator tuu laa.. ujung ujung dah induk letak situ jgk.. ...



meols pun slalu jumpa budak2 main kat escalator, kdg2 tu parents mmg dibiarkan jer...geram tgk...org mcm nie, dah kena baru menyesal...
Quote Buritan 26-5-2023 08:18 AM
midori888 replied at 26-5-2023 08:15 AM
meols pun slalu jumpa budak2 main kat escalator, kdg2 tu parents mmg dibiarkan jer...geram tgk.. ...

Tgk muka apaknyaa pun.. adoiii.. bg aku muka apak bdk smlm LG 30tahun LG baru lyk kawin.. bodo
Quote Far 26-5-2023 08:18 AM
I duduk Melaka ni, kawasan rumah kampung...memang ramai parents biar anak-anak kecil bawah 6 tahun main dekat laman luar tanpa ada orang dewasa jaga.
Kalau jadi lagi kes macam ni, I tak berapa nak hairan.
Quote midori888 26-5-2023 08:20 AM
Buritan replied at 26-5-2023 08:18 AM
Tgk muka apaknyaa pun.. adoiii.. bg aku muka apak bdk smlm LG 30tahun LG baru lyk kawin.. bodo



oh jenis kawen muda lah nie...tak sempat nak enjoy, dah kena pikul tanggungjwb..haruslah taknak...


Quote supernaturalee 26-5-2023 08:21 AM
sian dreba lori
mau trauma

Quote capiloton 26-5-2023 08:21 AM
sama la yang duduk taman

budak2 main petang2 keluar dari celah2 kereta yg park tepi jalan

Quote pokokmeranti 26-5-2023 08:23 AM
anak2 nie mudah lupa pesan mak pak. klu main luar kena perhati sehabis baik dan ingatkan jauhkan diri dari jalan raya.
Quote maharani_gebu 26-5-2023 08:26 AM
rumah tepi jalan ko boleh rilex biar anak main kat luar?
Quote Prickford 26-5-2023 08:28 AM
AbukRokok replied at 25-5-2023 11:37 PM
Mesti mak dia  gemok pemalas
Bangsa melaka mmg gemok2

Dah la gemok2 (sebab ada few kawan orang Melaka, mmg gemok2), lepas tu sejenis mulut macam cibai tapi dihalalkan sebab "orang Melaka mmg cakap kasau". Kau try cakap kasar2 dekat Colombia sana, tengok kena tembak ke tak.

Quote Kitty_catz 26-5-2023 08:29 AM
maharani_gebu replied at 26-5-2023 08:26 AM
rumah tepi jalan ko boleh rilex biar anak main kat luar?

sbb rumah tepi jalan la mak dia relaks sbb dah biasa keta lalu lalang

dan sure mak dia kata... salu ok je dia lintas tengok kiri kanan kiri

malang tak berbauuuu
Quote kepompong 26-5-2023 08:32 AM
payung pelangi!  Ada 6 warna. gigih i kira
Quote syamzana 26-5-2023 08:47 AM
kepompong replied at 26-5-2023 08:32 AM
payung pelangi!  Ada 6 warna. gigih i kira

iols ada payung gitu
dari jauh dah nmpk mudah anak nak kenal time ambil sek sbb katanya mak dia je ada payung rainbow
tp iols bkn penyokong ummah pelangi
Quote syamzana 26-5-2023 08:49 AM
salam takziah...
parents beringat la kalau dah rumah dok tepi jalan tu lagi la kene beringat sedari anak tu reti berjalan pg. ingatkan selalu anak2 JGN main luar umah tanpa org tua.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049810 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top