CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Tahan @haziqmakmur9 Hina Institusi Raja Dan Rasis

25-5-2023 11:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 611| Komen: 6

Description: Polis menahan pemilik akaun Twitter @haziqmakmur9 yang didakwa menghina institusi raja dan bersifat perkauman.Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini oleh Unit Siasa ...
Polis menahan pemilik akaun Twitter @haziqmakmur9 yang didakwa menghina institusi raja dan bersifat perkauman.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.


Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek sebelum ini dikesan memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi raja dan bersifat provokasi perkauman.


Gambar hiasan

"Suspek membuat hantaran berkenaan menerusi akuan Twitter @haziqmakmur9 dan semasa ditahan pihak polis turut merampas satu telefon bimbit dan dua kad SIM.

"Siasatan terhadap suspek akan dijalankan oleh USJT di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian kepada mana-mana Raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini.

"Pihak polis meminta orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegusaran awam dan menggugat keharmonian negara terutama melibatkan isu 3R (raja, agama, perkauman)," katanya.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 25-5-2023 11:21 PM
Ke bukit amanlah ko dik.


Quote Samerosie 25-5-2023 11:42 PM
Alahai baru 27 tahun..kira tak sampai 10 tahun kau beli spendar sendiri.  Tak boleh ke tak jadi hero keyboard bbnu ni?
Quote supernaturalee 26-5-2023 10:38 AM
dia kata ape


Quote twins 26-5-2023 10:46 AM
apa yg dia tweet ?
Quote kelapaparut 26-5-2023 11:07 AM
dia kata india bau curry kaa..
Quote Kuin-Kepam 30-7-2023 12:59 AM
Penyokong PN lah ni.. rindu Kerajaan Tebok Atap ke Putrajaya….

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039676 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top