Tasek Gelugor: Ibu kepada pendaki Muhammad Hawari Hashim yang berjaya menawan puncak Everest sebelum dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu yakin anaknya itu masih hidup. Che Tom Hassan, 64, berkata, naluri sebagai seorang ibu kuat mengatakan bahawa anak ketiga daripada lima beradik itu berada dalam keadaan selamat.
Namun dia memerlukan sokongan semua dalam melalui hari yang begitu sukar ketika ini. "Mak cik yakin dia (Muhammad Hawari) masih ada, apatah lagi dimaklumkan bahawa anak saya mempunyai bekalan makanan yang cukup, namun mak cik memerlukan sokongan semua kerana mak cik tidak kuat untuk hadapi perkara ini seorang diri. "Besar sangat harapan kami sekeluarga untuk Hawari balik (pulang) macam mana sekalipun," katanya kepada Harian Metro. Terdahulu Che Tom menerima kunjungan Zakat Pulau Pinang (ZPP) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali yang tampil menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai dan barang keperluan.
Mengulas lanjut, Che Tom berkata, dia turut melakukan solat hajat bagi memohon petunjuk keberadaan anaknya, namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan. "Mak cik juga tidak mimpi apa-apa (mengenai Muhammad Hawari) tetapi doa mak cik terhadapnya tidak putus sehingga hari ini. "Sebelum tidur dan bangun daripada tidur setiap kali, mak cik memeriksa telefon bagi mengetahui perkembangan anak mak cik yang ramai pihak sentiasa mengemaskini status perkembangan pencarian anak mak cik. "Terima kasih kepada semua pihak yang turut mendoakan anak mak cik dan meneruskan misi mencarinya yang mak cik berharap Hawari berjaya ditemui sebelum tapak kem itu ditutup," katanya. Semalam, media melaporkan bahawa misi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest akan ditamatkan Ahad ini. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr K Nagulendran, dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan notis penutupan semua aktiviti di pergunungan Everest mulai Isnin depan, yang dikeluarkan kerajaan Nepal. Muhammad Hawari yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. Beliau yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei lalu. Mangsa adalah kumpulan sama yang menyertai ME2023 bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Lot Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika misi menakluk Everest pada ketinggian 8,000 meter. -CARI Sumber: Harian Metro
|
makadek replied at 25-5-2023 09:24 PM
Rentikan la tawan2 everest
makadek replied at 25-5-2023 09:24 PM
Rentikan la tawan2 everest
Blessed_Servant replied at 26-5-2023 12:45 AM
Kesian mak dia. Jgn la kutuk mak dia. Yg buat hal ank. Mak mna nak bagi tapi ank dh besar mna nak de ...
nolya replied at 26-5-2023 01:14 AM
Begitulah naluri seorang ibu kpd anaknya. Hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kuburnya. ...
ADVERTISEMENT