CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1001|Reply: 23

"Makcik Tak Mimpi Apa-Apa," Ibu Yakin Hawari Masih Hidup, Jumpa Atau Tidak Misi Menyelamat Tamat Ahad Ini

  [Copy link]
Post time 25-5-2023 06:31 PM | Show all posts |Read mode
Tasek Gelugor: Ibu kepada pendaki Muhammad Hawari Hashim yang berjaya menawan puncak Everest sebelum dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu yakin anaknya itu masih hidup.


Che Tom Hassan, 64, berkata, naluri sebagai seorang ibu kuat mengatakan bahawa anak ketiga daripada lima beradik itu berada dalam keadaan selamat.


Namun dia memerlukan sokongan semua dalam melalui hari yang begitu sukar ketika ini.




Foto: Harian Metro




"Mak cik yakin dia (Muhammad Hawari) masih ada, apatah lagi dimaklumkan bahawa anak saya mempunyai bekalan makanan yang cukup, namun mak cik memerlukan sokongan semua kerana mak cik tidak kuat untuk hadapi perkara ini seorang diri.


"Besar sangat harapan kami sekeluarga untuk Hawari balik (pulang) macam mana sekalipun," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu Che Tom menerima kunjungan Zakat Pulau Pinang (ZPP) diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amran Hazali yang tampil menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai dan barang keperluan.


Mengulas lanjut, Che Tom berkata, dia turut melakukan solat hajat bagi memohon petunjuk keberadaan anaknya, namun sehingga kini masih belum mendapat jawapan.


Foto: The Star




"Mak cik juga tidak mimpi apa-apa (mengenai Muhammad Hawari) tetapi doa mak cik terhadapnya tidak putus sehingga hari ini.


"Sebelum tidur dan bangun daripada tidur setiap kali, mak cik memeriksa telefon bagi mengetahui perkembangan anak mak cik yang ramai pihak sentiasa mengemaskini status perkembangan pencarian anak mak cik.


"Terima kasih kepada semua pihak yang turut mendoakan anak mak cik dan meneruskan misi mencarinya yang mak cik berharap Hawari berjaya ditemui sebelum tapak kem itu ditutup," katanya.


Semalam, media melaporkan bahawa misi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest akan ditamatkan Ahad ini.


Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Dr K Nagulendran, dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan notis penutupan semua aktiviti di pergunungan Everest mulai Isnin depan, yang dikeluarkan kerajaan Nepal.


Muhammad Hawari yang menyertai misi pendakian Gunung Everest, Himalaya dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.


Beliau yang juga orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dipercayai hilang selepas berjaya menawan puncak tertinggi dunia itu pada 18 Mei lalu.


Mangsa adalah kumpulan sama yang menyertai ME2023 bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Lot Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub yang dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika misi menakluk Everest pada ketinggian 8,000 meter. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 06:39 PM | Show all posts
apa kata makcik anak beranak je la pi cari

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkan la naluri ibu nk sebut anak dah mati. Dah tertimbus salji nie
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dah dekat seminggu makcik redha je la suruh misi sar tu benti je. kang anak org lain pulak mati sbb kena cari anak makcik, dah la kerajaan kena sponsor rm1.48 juta semata2 nak cari anak makcik
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah.
Nnt dh sebulan berlalu tetap ulang yakin masih idup, somebody tolong bwk macik ni jumpa psychiatrist.
Kesian dia.
Masih in denial.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dah boleh kot stop program Tawan Everest ni..kalau dulu zaman 80an..90an..ya laa boleh lagi nk tawan2 Everest sebab ramai yg xmampu nk p Sana..ini dah ada pn wakil Malaysia yg berjaya tawan Everest..yg lain2 Tu xpayah la p
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2023 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rentikan la tawan2 everest
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Naluri, naluri jgk makcik. Tapi takkan la smp boleh 100% predict org masih hidup atau mati. Kalau gitu, baik makcik join X-Men, makcik. Jadi mutant yg boleh nmpk di sebalik dinding.
Bkn apa makcik, duit da byk spent, tenaga manusia lagi kena kerah. Smp bila nak "rasanya" dia hidup lagi

Buat yg lain2 tu, dah2 la nak acah2 deep, daki Everest bagai. Duit kau kalau berkepok2, berkepok2, mcm Dibah AA, hah ok boleh pegi
Apa kata kau bwk Dibah sekali, the kau campakkan Dibah dari atas puncak Everest tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah meninggal Hawari tu makcik....
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ni everest makcik, bukan pasar selayang sana nun
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plk acik nie

Tp realiti nye x Mungkin selamat dah acik..
Semoga dipermudahkan urusan mencarik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 25-5-2023 09:24 PM
Rentikan la tawan2 everest

Setuju..
Buat la cara lain plk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mak dia. Jgn la kutuk mak dia. Yg buat hal ank. Mak mna nak bagi tapi ank dh besar mna nak dengar cakap. Dah tak boleh control dah umo tu. Kasih mak ni sampai ke liang lahad. Dah jadi macam ni mak dengan keluarga terdekat lah yg berendam air mata.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 12:50 AM | Show all posts
makadek replied at 25-5-2023 09:24 PM
Rentikan la tawan2 everest

Setuju.... kerajaan pun haruslah ambil satu ketetapan untuk tidak menggalakkan WNM pergi mendaki gunung everest.  Visinya apa sedangkan bila berlaku sesuatu kemalangan/musibah sangat2 tak berbaloi.  Melainkan peserta pendaki redha menandatangani perjanjian bahawasanya apa2 musibah terjadi, semua itu adalah atas tanggungan sendiri dan kerajaan tidak akan bertanggungjawab.  Sekadar bertanya, adakah pendaki2 trs ada buat travel dn expedisition insurance?

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:14 AM | Show all posts
Blessed_Servant replied at 26-5-2023 12:45 AM
Kesian mak dia. Jgn la kutuk mak dia. Yg buat hal ank. Mak mna nak bagi tapi ank dh besar mna nak de ...

Begitulah naluri seorang ibu kpd anaknya.  Hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kuburnya. Seorang ibu pasti tak ingin mengalah untuk menerima kenyataan kehilangan anaknya sbg satu pemergian yg tak bisa kembali lagi. Walaupun akal mewajarkan jejak2 Hawari sukar untuk ditelusuri atas sebab keadaan tempat dn cuaca, tambahan pula dia seorang OKU, ibu Hawari akan mengambil masa dn waktu untuk menerima kenyataan dn takdir. Barangkali sama dgn perasaan ahli keluarga mangsa kehilangan MH370 dahulu. Mungkin juga boleh diberikan pertolongan kpd ibu Hawari dgn didatangkan ahli psikolog, yg dpt bantu merawat perasaan seorang ibu yg kehilangan anak secara mengejut. Netizen pun tak perlulah mencemuh berlebihan kpd ibu yg dlm kesedihan. Doakan shj kpd satu pemergian, selebihnya Allah jua yg maha tau.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak makcik pergi gunung everest, bkn switzerland makcik jalan2 santai sepak salji sambil buat abc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 26-5-2023 01:14 AM
Begitulah naluri seorang ibu kpd anaknya.  Hilang ghaib ku sangka mati, kalau mati mana kuburnya.  ...

Itu lah. I pun geram jugak kat tuan badan. Tapi apa dosa mak dia, semua ibu akan buat benda yg sama. Kalau normal sayang anak. Lainlah gila ke, memang jnis tak brtanggung jawab mungkin lah tak sedih. Dia tengah tkejut like u said. Kalau btul ajal anak dia it will takes time for her to heal. Entah2 berendam air mata tak semangat hidup sampai mata tertutup. Semoga Allah beri kesabaran dan redha pada acik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Gara2 hobi mahal mung, bini jadi janda, ank2 jadi anak yatim, mak plak asyik berlinang ayaq mata. Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:57 AM | Show all posts
ksian makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:00 AM | Show all posts
haram makcik pergi tempat2 mudarat ni, kembalilah kepada Islam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.306363 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list