CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Minta RM3,000 Dapat RM900, 2 Polis Trafik Bukit Aman Boleh Dipenjara 20 Tahun

25-5-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 133| Komen: 6

Description: Mahkamah Sesyen Shah Alam mendakwa dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berpangkat Lans Koperal atas tuduhan rasuah berjumlah RM3,900 pada tiga tahun lalu.Rasuah itu sebagai balasan t ...
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendakwa dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berpangkat Lans Koperal atas tuduhan rasuah berjumlah RM3,900 pada tiga tahun lalu.

Rasuah itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki.



Muhammad Nazmi (belakang kiri) dan Mohammad Alqayyum (depan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Kedua-dua tertuduh iaitu Muhammad Nazmi Baharum, 33, dan Mohammad Alqayyum Hasim, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, mereka yang bertugas sebagai anggota polis trafik di Cawangan Penguatkuasaan Jabatan Siasasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Bukit Aman, Kuala Lumpur dengan niat bersama telah meminta suapan wang tunai RM3,000 dan menerima RM900 daripada seorang lelaki berusia 27 tahun.


Ini sebagai dorongan tidak menangkap lelaki tersebut yang mempunyai tiga waran tangkap atas kesalahan trafik.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3.30 dan 4 petang masing-masing di bawah jejambat berhampiran Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) dan perhentian bas berhampiran stesen minyak di Balakong pada 3 Oktober 2020.

Justeru mereka didakwa mengikut Seskyen 16 (a) (B) dan 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan RM8,000 bagi kedua-dua tertuduh bagi semua pertuduhan dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta melaporkan diri di pejabat SPRM pada setiap bulan.

Sementara kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan Muhammad Nazmi memaklumkan telah menghantar surat peletakkan jawatannya pada Mac lalu.

Mahkamah kemudiannya membenarkan semua cadangan termasuk syarat tambahan daripada pihak pendakwaan.

Sebutan semula pada 13 Julai depan. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 26-5-2023 03:18 PM
Itu sbb kebanyakan anak2 polis tak menjadi yaaach sbb bapak makan rasuah
Quote sangbara2020 26-5-2023 03:39 PM
habislah..pmx ko tgh cari mn dtgnya rasuah2 nih
Quote ashilalat 26-5-2023 03:53 PM
KamikuP replied at 26-5-2023 03:18 PM
Itu sbb kebanyakan anak2 polis tak menjadi yaaach sbb bapak makan rasuah

Tak leh jugak pukul rata gitu..anak² menteri rsuah lagi banyak, elok je menjadi. Siap boleh lahirkan ramai biliunair.

Anak polis apa la sangat...
Quote ashilalat 26-5-2023 03:53 PM
sangbara2020 replied at 26-5-2023 03:39 PM
habislah..pmx ko tgh cari mn dtgnya rasuah2 nih

Wayang je tu
Quote ifanonline 26-5-2023 03:56 PM
KamikuP replied at 26-5-2023 03:18 PM
Itu sbb kebanyakan anak2 polis tak menjadi yaaach sbb bapak makan rasuah

jangan la ambik line aku tu...

trademark tawww...
Quote pokokmeranti 26-5-2023 04:22 PM
member aku siap kena ugut dgn anak polis, dia kata dia anak ketua polis di sebuah negeri/daerah utara. dia yg langgar org dia nak balun insuran org. semoga lekas mampus keturunan begini.

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-6-2023 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.077413 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top