CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu Rumah Lesu Dalam Bilik Air, Dirantai Majikan Kerana Curi Barang Kemas

24-5-2023 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 424| Komen: 2

Description: Penduduk Taman Tenaga di Kajang menyelamatkan wanita dipercayai pembantu rumah warga asing yang dipercayai dirantai majikannya pada Ahad lalu.Seorang penduduk di Taman Tenaga yang enggan dikenali berk ...
Penduduk Taman Tenaga di Kajang menyelamatkan wanita dipercayai pembantu rumah warga asing yang dipercayai dirantai majikannya pada Ahad lalu.

Seorang penduduk di Taman Tenaga yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku pada 9 malam ketika dia ke kedai runcit di kawasan perumahan berkenaan.



WANITA warga Indonesia yang diselamatkan selepas dipercayai dirantai majikan di bilik air sebuah rumah di Taman Tenaga, Kajang, Ahad lalu.

"Pekerja runcit itu kemudiannya memaklumkan dia terdengar jeritan seorang wanita dari arah kawasan flat berhampiran sebelum saya bergegas ke arah itu.

"Kami kemudiannya ke bunyi jeritan itu yang datang dari arah sebuah rumah di tingkat dua flat berkenaan.

"Memandangkan rumah itu berkunci, kami menghubungi pihak polis untuk membuat pemeriksaan.

"Polis kemudiannya memecah pintu rumah itu dan ditemukan seorang wanita dalam keadaan dirantai dan lesu di dalam bilik air," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

"Dalam kes ini, kami berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah yang dirantai oleh sepasang suami isteri tempatan di rumah terbabit.

"Mangsa dirantai di dalam bilik air oleh pasangan berkenaan kerana disyaki mencuri barang kemas," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 24-5-2023 06:36 PM
Wow duduk flat pun manpu ada bibik?
Anyway, kenapa tak bawa ke balai je report dia curi barang kemas.  
Quote KamikuP 25-5-2023 09:55 AM
takde passpot letew

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038755 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top