CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Serangan Jantung Sebelum Otak Rosak, Remaja Mati Kerana Cabaran TikTok 'Chroming'

24-5-2023 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1750| Komen: 14

Dek terjebak melakukan trend popular media sosial dikenali chroming, remaja perempuan berusia 13 tahun di Australia meninggal dunia.

The Straits Times melaporkan, Esra Haynes mencuba trend itu dengan menyedut bahan seperti cat logam, pelarut, petrol dan bahan kimia daripada tin aerosol.




Menurut News.com.au, insiden itu berlaku pada 31 Mac lalu dan dan Esra menggunakan deodoran.

Berikutan itu, Esra mengalami serangan jantung dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan selama lapan hari selepas doktor berkata, otak remaja terbabit rosak dan tidak dapat dibaiki.

Akhirnya, keluarga remaja itu ambil keputusan untuk mematikan mesin pernafasannya.



Ia bukan kali pertama remaja Australia meninggal dunia selepas mencuba trend berkenaan. Sejak 2019, dua remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas cuba melakukan trend sama. Seorang lagi remaja perempuan mengalami kerosakan otak.

Selepas kematian Esra, Jabatan Pendidikan Victoria meningkatkan usahanya untuk menyediakan kanak-kanak dengan lebih banyak maklumat mengenai chroming dan kesan sampingan trend itu yang boleh membawa maut.

Ibu bapa mangsa juga dalam misi untuk meningkatkan kesedaran mengenai trend berbahaya itu.

"Kami mahu membantu kanak-kanak lain supaya tidak terjebak dengan trend tidak bermanfaat itu," kata Haynes kepada Herald Sun.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 24-5-2023 03:04 PM
kalau hidup pon mcm sayur aje la kot.. ish ish
apa2 la trend bodo muncul 1 demi 1
Quote midori888 24-5-2023 03:10 PM
another one bites the dust
Quote pokokmeranti 24-5-2023 03:16 PM
Aku cukup setuju klu ikut negara seperti US haramkan Tiktok.....byk mengarut cabarannya.
Quote copy_paste 24-5-2023 03:18 PM
sebenrnya utk ape trend tu,
Quote Carcosa 24-5-2023 03:44 PM
Tahniah dik, sbb adik dpt Darwin Award utk challenge ini.
Quote sayurmayur88 24-5-2023 03:47 PM
trend ketahian apa lah ni
Quote syamzana 24-5-2023 03:47 PM
dah sedut mcm2 pastu nak buktikan apa challenge ni?
samada mati / hidup?
pelik2 la bdk skrg ni, eh tua bangka pun sama suke nau la ber'challenge' bagai. tatau ape pekdah
Quote sharlenetexas 24-5-2023 04:12 PM
Tu karsinogen dik oi. Tido dlm kelas sains ke? Tak pasal2 mati. Kalau hidup pun jadi sayo.


Quote Tinot7 24-5-2023 04:18 PM
Edited by Tinot7 at 24-5-2023 04:19 PM

Takziah kpd keluarga.. patut haramkan jahh tiktok atopon ubah algoritma supaya dpt yg suci murni jahh utk rakyat mesia..
Quote pekanwoohoo 24-5-2023 04:22 PM
Hebat lagi lah orang melayu, macam-macam disedutnya untuk khayal, lek je lagi.
Quote mawarika 24-5-2023 04:24 PM
Bodoh2 anak mat salleh ni.. otak ada tak reti guna.
Quote kakikuDibibirmu 24-5-2023 04:29 PM
download.jpeg
Quote dani-rox 24-5-2023 06:52 PM
Mungkin tiktok masa mula start dulu ok jah kot, sekarang nih tak ubah persis cesspool sebegitu. Magnet utk individu toksik, info2 palsu, menyesatkan dan merbahaya. Ngeri tengok generasi baru terdedah dgn benda2 bodoh mcm ni. Semoga ibu bapa lebih peka dan rajin2 lah pantau socmed anak masing2.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.037867 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top