CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Laki Orang Rogol Gadis Dalam Kereta

24-5-2023 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 499| Komen: 1

Description: Seorang joki kereta yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah merogol gadis berusia 18 tahun di dalam kereta di kawasan sebuah pusat hiburan di sini, dua minggu lalu ...
Seorang joki kereta yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah merogol gadis berusia 18 tahun di dalam kereta di kawasan sebuah pusat hiburan di sini, dua minggu lalu.


B. Satia, 26, meminta dibicarakan atas pertuduhan merogol mangsa dalam kereta Honda City kira-kira pukul 5.20 pagi, 13 Mei lalu di tempat kejadian di Jalan Tun Razak.


Gambar hiasan

Tertuduh yang bakal mendirikan rumah tangga didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Izralizam Sanusi membenarkan Satia diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa atau jaminannya dibatalkan.

Lelaki itu turut diarah melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali manakala tarikh 21 Jun ini ditetapkan untuk sebutan kes.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Roslizi Sulaiman memohon jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan syarat-syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh.

Menjawab soalan Izralizam, Roslizi memaklumkan tertuduh dan mangsa tidak mempunyai apa-apa hubungan.

Bagaimanapun, peguam Julie Faralisa Abd. Jais memohon jaminan rendah dikenakan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh mempunyai tanggungan ibu dan adik yang masih bersekolah.

Peguam memberitahu, Satia yang akan berkahwin sedia mematuhi syarat tambahan yang dipohon oleh pihak pendakwaan manakala jaminan akan dibayar oleh ibunya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 24-5-2023 02:33 PM
Siannya mak dia kena jd penjamin

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.082839 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top