“Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah… Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik." Enggan menjelaskan lebih lanjut, pempengaruh Ubai menyatakan setiap pasangan pasti melalui detik pasang surut dalam hubungan dan memohon orang ramai mendoakan yang baik-baik berkenaan hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah yang dikatakan sudah berpisah.
“Biasalah hubungan… Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya. “Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu Ubai juga menafikan dakwaan netizen yang mengatakan pengumuman Shila itu adalah disebabkan gimik lagu. “Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu.
“Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang. “Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini,” jelasnya. Terdahulu, Shila seolah-olah memberi bayangan seperti sudah memutuskan hubungan cintanya dengan Ubai. Sumber: Gempak
|
OsHiN_hOnEy replied at 24-5-2023 02:22 PM
partner you tu janda anak satu
nak kata bbnu pun tidak
tapi dia mmg dari dulu mcm tu
ADVERTISEMENT