CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Liyana Jasmay Takut Hidap Kanser Sebab Faktor Genetik, Jaga Makan Dan Sentiasa Buat Pemeriksaan Kesihatan

24-5-2023 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 466| Komen: 4

Description: Liyana Jasmay mengakui takut dan kini menjaga kesihatan memandangkan kedua-dua orang tuanya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser.
Liyana Jasmay mengakui takut dan kini menjaga kesihatan memandangkan kedua-dua orang tuanya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser.

Liyana, 35, jmenjalani pemeriksaan secara berkala selain menitikberatkan soal pemakanan dengan mengelak untuk mengambil makanan proses dan berlemak.


Foto: IG

“Perkara yang menimpa ibu bapa menjadi pengajaran untuk saya memandangkan kedua-duanya meninggal dunia disebabkan kanser.

“Arwah bapa meninggal disebabkan kanser paru-paru, manakala arwah mama pula disebabkan barah otak. Jadi genetik saya memang berisiko untuk menghidap kanser.

“Selain perlu lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh, saya juga kena menjaga pemakanan dan mengelak untuk mengambil makanan proses dan berlemak,” katanya kepada Kosmo! Online.



Mengakui sedih atas kehilangan dua insan tersayang hanya dalam masa 17 bulan, Liyana bagaimanapun reda dan percaya bahawa kedua-dua orang tuanya kini berada di tempat yang lebih baik.

“Saya baru sahaja kehilangan arwah mama pada 12 Mei lalu, 17 bulan selepas arwah bapa meninggalkan saya pada 2021.

“Tapi saya reda sebab tahu mereka berada di tempat yang lebih baik sekarang dan tidak lagi dalam kesakitan,” katanya.



Berkongsi tentang penyakit barah otak yang dihidapi ibunya, Allahyarhamah Datin Habsah Simpon, Liyana berkata masalah yang menimpa ibunya itu lambat dikesan dan hanya mengetahuinya selepas kanser tersebut berada di tahap terakhir (empat).

“Awalnya mama mengalami masalah penglihatan sejak tiga tahun lalu. Jadi saya ajak dia tinggal bersama-sama saya memandangkan rumahnya terlalu besar, susah untuk turun naik tangga.

“Sebelum mama menjalani pembedahan mata, kami sempat pergi bercuti. Selepas pembedahan, tiba-tiba mama jalan senget. Hasil pemeriksaan yang dilakukan akhirnya mendapati mama menghidap barah otak,” katanya sebak.



Walaupun sedih, pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu akan kembali tersenyum apabila teringat semula kenangan-kenangan indah yang ditinggalkan ketika ibu bapanya masih hidup.

“Saya sedih. Namun momen-momen menyeronokkan bersama mereka (ibu bapa) membuatkan saya kembali tersenyum. Memori itu menjadi kenangan saya hari ini,” katanya.



Liyana yang ditemui ketika sidang media siri baharu, Alter-Naratif terbitan Viu Malaysia di sini, semalam juga bersyukur apabila dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri buat kali terakhir bersama ibunya walaupun ketika itu, wanita tersebut telah jatuh sakit,

“Tahun ini merupakan raya terakhir bersama mama. Tapi saya bersyukur dapat meraikannya bersama-sama.

“Saya pakaikan dia baju raya dan kami bergambar walaupun ketika itu mama sudah tidak boleh lagi bercakap,” jelasnya.




Terdahulu, ibu Liyana meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas dua bulan disahkan menghidap barah otak pada usia 66 tahun.

Bapanya pula, Datuk Jasmay Md. Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat kanser paru-paru pada 17 Disember 2021. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-5-2023 04:36 PM
Busuknya rupa dia
Quote youell 24-5-2023 04:38 PM
Edited by youell at 24-5-2023 04:40 PM

Takut kanser ke takut mati?
Quote Purplehaz 24-5-2023 08:49 PM
Jgn takut buat pemeriksaan awal..especially kanser.
Quote rosedemon 25-5-2023 08:26 AM
tkot mati tp duk tyang aurattt em baguihhhh nohhh

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.180215 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top