Jutawan teknologi, Bryan Johnson obses kekal muda kerana sanggup membelanjakan AS$2 juta (kira-kira RM9.2 juta) setahun untuk kelihatan seperti remaja berusia 18 tahun. Metro UK melaporkan, baru-baru ini, Johnson melakukan transfusi darah dengan plasma darah anak lelakinya yang berusia 17 tahun.
Dia kemudian menderma darahnya kepada bapanya yang berusia 70 tahun, melengkapkan apa yang dipanggilnya sebagai 'pertukaran plasma berbilang generasi' pertama di dunia. Johnson mendokumentasikan pengalaman itu dalam video YouTube selama 15 minit bertajuk 'Will My Son's Blood Make Me Younger?' April lalu, ketiga-tiga mereka melawat Resurgence Wellness, sebuah spa perubatan di Arlington, Texas, Amerika Syarikat, yang menawarkan rawatan perubatan regeneratif. Keluarga Johnson ke situ untuk menjalani rawatan terapi 'Plasma Muda' di spa, yang mana ia mengambil plasma daripada seorang lelaki berumur 18 hingga 19 tahun dan memberikannya kepada seseorang yang mempunyai jenis darah dan jantina sama.
|
cikatilia: nampak tua aje.. xmuda pon
Lily_Elizabeth_ replied at 24-5-2023 12:43 PM
Dari segi energetic kut. Bukan rupa paras. Maybelah.
Lily_Elizabeth_: Dari segi energetic kut. Bukan rupa paras. Maybelah.
sharlenetexas replied at 24-5-2023 05:31 PM
Alah tanya je tips dgn maria abramovich.
ADVERTISEMENT