View: 1591|Reply: 21
|
Mahu Kelihatan Remaja, Jutawan Teknologi Tukar Darah Dengan Anak Dan Bapa
[Copy link]
|
|
Jutawan teknologi, Bryan Johnson obses kekal muda kerana sanggup membelanjakan AS$2 juta (kira-kira RM9.2 juta) setahun untuk kelihatan seperti remaja berusia 18 tahun.
Metro UK melaporkan, baru-baru ini, Johnson melakukan transfusi darah dengan plasma darah anak lelakinya yang berusia 17 tahun.
 IG
Dia kemudian menderma darahnya kepada bapanya yang berusia 70 tahun, melengkapkan apa yang dipanggilnya sebagai 'pertukaran plasma berbilang generasi' pertama di dunia.
Johnson mendokumentasikan pengalaman itu dalam video YouTube selama 15 minit bertajuk 'Will My Son's Blood Make Me Younger?'
April lalu, ketiga-tiga mereka melawat Resurgence Wellness, sebuah spa perubatan di Arlington, Texas, Amerika Syarikat, yang menawarkan rawatan perubatan regeneratif.
Keluarga Johnson ke situ untuk menjalani rawatan terapi 'Plasma Muda' di spa, yang mana ia mengambil plasma daripada seorang lelaki berumur 18 hingga 19 tahun dan memberikannya kepada seseorang yang mempunyai jenis darah dan jantina sama.
Young-Plasma yang dikumpul daripada golongan berumur 18 hingga 25 tahun, didakwa dapat membaiki rangka, vaskular, otot, organ utama dan kemerosotan kognitif yang berkaitan dengan penuaan,' menurut laman web spa.
Ia berupaya melambatkan atau membalikkan proses penuaan, meningkatkan tahap tenaga, mempercepat pemulihan daripada kecederaan dan mengurangkan keletihan adrenal, pada pesakit yang mengalami gangguan autoimun.
Sebagai sebahagian daripada rawatan, anak lelaki Johnson, Talmage menderma satu liter darahnya yang kemudiannya diasingkan kepada beberapa bahagian sebelum darah itu dimasukkan semula ke dalam badan Johnson.
Jutawan itu kemudiannya menderma satu liter darah kepada bapanya yang berusia 70 tahun.
"  ernah dibahagikan dengan minda, kini bersatu dengan biologi," tulis jutawan itu menyiarkannya di Instagram.
Usahawan bioteknologi itu terkenal dengan usahanya untuk menentang penuaan dengan melalui program percubaan terdorong data yang hebat yang dipanggil sebagai Project Blueprint.
Menurut laporan, Johnson, 45, mempunyai jantung seorang lelaki berusia 37 tahun dan paru-paru seperti remaja lelaki 18 tahun.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit tak tau nk buat apa dah ok lah...
Tapi mati tetap tak blh lari walau ko tetiba jadi muda 30 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
nampak tua aje.. xmuda pon |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia: nampak tua aje.. xmuda pon
Dari segi energetic kut. Bukan rupa paras. Maybelah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 24-5-2023 12:43 PM
Dari segi energetic kut. Bukan rupa paras. Maybelah.
patutnya terserlah jugak pada keremajaan kulit kan? kenapa kulit tak kira  |
|
|
|
|
|
|
|
movie ini bertajuk
Vampire : The Origin |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_: Dari segi energetic kut. Bukan rupa paras. Maybelah.
Kalau Tun apa nama tengok omputih ni mesti tersengih sengih gelak |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai satu masa nnti akan ada sindiket kidnap remaja utk curi darah. Yg curi organ tu pun silap² letak kat dlm org tua billionaire...
Cari yang jenis athletic...lagi bnyk permintaan |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah ada je movie Korea macam ni. Golongan² kaya akan sponsor anak² yatim. Feed makanan berkualiti dan bg healthy lifestyle utk budak2 tu. Cukup masa - harvest. |
|
|
|
|
|
|
|
Eee kulit kaler kuning macam ayam lame dekat pasar. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah tanya je tips dgn maria abramovich.
|
|
|
|
|
|
|
|
so... konsep adrenochrome tuh tak mustahil lah ya |
|
|
|
|
|
|
|
ai cm takleh nk bersangka baik sbb cm teringat citer Elizabeth Bathory...
mempergunakan manusia lain utk kepentingan diri,,, 
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dok bayangkan jupiter rising |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak kat cite apa ntah yg sorg pompuan ni obses nak kekal awat muda dia bunuh semua pompuan2 muda yg bkerja sbgai org gaji dia untuk dapatkan darah dyorg... |
|
|
|
|
|
|
|
ada cerita kesah twin
sorang gi planet jauh
50 tahun kemudian dia balik kebumi
yg di bumi jadi tua
yg balik masih muda tiada perubahan |
|
|
|
|
|
|
|
celah mana kelihatan muda seperti 18 tahun babi? nampak tua jugak cuma helok sikit la dari mami muka kedut makan kat restoran carlsberg tuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 24-5-2023 05:31 PM
Alah tanya je tips dgn maria abramovich.
terasa kok tersenyum sinis
 |
|
|
|
|
|
|
|
tua jugak ko, dh la tak ensem |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia replied at 24-5-2023 12:37 PM
nampak tua aje.. xmuda pon
Ioll pun nampak gitu je pada laki ni. Tetap 40s. Ralph machio ya nampak muda. |
|
|
|
|
|
|
| |
|