View: 6909|Reply: 12
|
Noraniza Idris Buat Laporan Polis Sebab Ditipu, Rugi RM630,000
[Copy link]
|
|
Edited by tatod at 4-3-2025 12:16 PM
Shah Alam: Penyanyi, Noraniza Idris, 57, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, mendakwa perniagaan muruku miliknya dianiaya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian hampir RM630,000.
Noraniza ketika ditemui berkata, dia menyedari ditipu selepas mengambil produk selama lebih sebulan yang dianggarkan sekitar 20,000 pek.
"Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiviti amal kebajikan sejak sekian lama. Namun, niat baik itu dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar kira-kira RM3,000 secara berperingkat.
"Sejak menyedari ditipu pada Jun tahun lalu, saya kerap menuntut bayaran tetapi pelbagai alasan diberikan sehingga jumlah kerugian mencecah RM630,000.
"Kerugian itu merangkumi kos mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan logi syarikat itu dan pembayaran gaji pekerja," katanya ketika ditemui di IPD Shah Alam, hari ini.
Noraniza ditemani anak keduanya, Fee Haiqal, 32.
Menurut Noraniza, akibat penganiayaan itu, dia terpaksa memberhentikan lebih 10 pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.
"Bagi memenuhi permintaan syarikat itu, saya menambah jumlah pekerja. Namun selepas kejadian ini, daripada 20 pekerja, kini hanya tinggal empat orang saja.
"Saya tidak boleh tutup kerana ia perniagaan keluarga. Mahu atau tidak, saya perlu meneruskannya kerana kami masih menerima permintaan secara dalam talian," katanya.
Menurut Noraniza, dia kesal kerana kejadian itu turut mengganggu emosi anak-anaknya dan keluarga apabila mengenangkan usaha membangunkan syarikat ini dilakukan sejak setahun lalu.
"Apabila keadaan ini berlaku, saya kasihan tengok keadaan anak-anak kerana mereka sanggup tak tidur dan berjaga malam untuk pastikan kilang ini terus beroperasi.
"Saya nekad buat laporan polis ini sekurang-kurangnya kami dapat hak kami semula serta membantu orang lain supaya jangan terpedaya dengan orang begini.
"Saya harap mereka yang terbabit ini melihat artikel ini supaya tampil ke depan memberi kenyataan kenapa melakukan penganiayaan begini agar syarikat lain pun boleh lebih berhati-hati," katanya.
Sebelum ini, Noraniza mendakwa dirinya dianaiya sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM630,000 awal tahun ini.
Difahamkan, akademi terbabit menawarkan peluang di platform mereka untuk penjualan produk makanan iaitu muruku yang diusahakan Noraniza.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Noraniza ketika ditemui berkata, dia menyedari ditipu selepas mengambil produk selama lebih sebulan yang dianggarkan sekitar 20,000 pek.
 |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh ada kilang tu... alhamdulillah..
hebat la kak ani nih siapa da kilang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kayo nek ani
hire lawyer terus la kalau dah sahih kena tipu
polis ni aku tgk bab2 penipuan ni macam slow amat tindakan |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi bnyk duit lagi senang kena tipu nohh… |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiviti amal kebajikan sejak sekian lama. Namun, niat baik itu dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar kira-kira RM3,000 secara berperingkat.
nawaitu meniaga no1 meniaga, no 2 baru membantu |
|
|
|
|
|
|
|
630k bkn sikit takkan lerrrr lesap mcm tu jek |
|
|
|
|
|
|
|
nek ani pun scam orang... buat konsert tapi minus one & miming...
scam promosi beli rumah rm10 lagi...
what goes around comes around  |
|
|
|
|
|
|
|
baru nak ckp....selalunya mcm ni la....bila kita tipu org, kita akan bagi pelbagai alasan untuk menidakkan....tapi bila org tipu kita, kita menggelupur....so mcm tu la perasaan org2 yang kena scam rumah 10henggit dulu tu....nauzubillahimin zalik
|
|
|
|
|
|
|
|
Uish harga rumah banglo sebijik |
|
|
|
|
|
|
|
Entah ye entah tidak smpai 630k. Tgk muka sheol mcm xpercaya ada wang byk  |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya order tu tak sampai rm630k....jumlah tu mungkin termasuk harga mesin2 segala....sbb rasanya, dia beli mesin2 dan sewa kilang sbb ada proposal untuk supply muruku tu....rasanya lah..... |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 4-3-2025 03:38 PM
"Saya menerima pelawaan mereka kerana niat ingin membantu, tambahan pula saya memang menyokong aktiv ...
Ai nie ada kawan nega alatan memanah nie..customer mai beli item RM50.00 camtue..2 3 hari pastu wasap nak minta sponsor RM300.00 untuk kelab memanah depa nak anjurkan game..apa punya pundek daaa..opsss sorry sesungguhnya ai berpuasa..hehehe..kawan ai tak layan..bijak la kawan ai tu kalau nak banding ngan mek ani.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|