View: 27129|Reply: 31
|
[Tempatan]
Update:Harga Dan Kualiti Makanan Bazar Ramadan:Shawarma 'angin',Roti John Rentung,Sup perut liat seperti tayar basikal..antara keluhan pembeli di Bazar
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 3-3-2025 01:00 PM
Baru-baru ini, seorang wanita telah memuat naik satu video memperlihatkan juadah shawarma yang dibelinya dari Bazar Ramadan di Pulau Pinang.
Dengan harga RM10, dia sangat kecewa dengan kuantiti kandungan isi ayam di dalam roti shawarma itu yang terlalu sedikit, sayur pun ala kadar dan juga sos yang langsung tidak kelihatan padanya.
Jangkaan awalnya dengan harga sebegitu dapat penawaran rasa yang premium langsung meleset selepas persembahan shawarma itu yang mana kelihatan sangat kering apatah lagi isi kandungan yang tidak sepadan dengan harga yang dikenakan.
Wanita itu berkongsi dia sedia membelinya kerana telah diperlihatkan contoh shawarma dengan kuantiti yang lumayan tetapi didapati jauh beza sekali dengan bungkusan yang dibelinya apabila mahu dimakan ketika berbuka puasa
Video berdurasi 13 saat itu langsung menjadi perhatian dan kini dihujani komentar dari netizen.
Selain mengecam tindakan penjaja shawarma yang tidak berlaku jujur itu, masing-masing berkongsi pengalaman sendiri yang mana sangat kecewa dengan pembelian juadah di Bazar Ramadan pada kali ini.
Seorang netizen berkongsi yang dirinya telah membeli takoyaki dengan isi sotong berharga RM6 tetapi langsung tidak menemui isinya apabila dikunyah. Hanya terasa tepung semata-mata sewaktu dimakan.
Ada juga yang berkongsi telah membeli roti john yang rentung dan sebahagian lain mendakwa hanya terisi sayur yang banyak tetapi isi daging terlalu sedikit.
Seorang netizen lagi turut menceritakan bagaimana sup perut yang dibelinya terasa seperti kunyah tayar basikal dek kerana terlalu liat barangkali.
Selain makanan, seorang netizen berkongsi yang kakaknya telah terbeli air soya yang sudah basi langsung terpaksa dibuang begitu sahaja selepas itu.
Ramai berpendapat juadah yang dijual asal boleh ini boleh jadi sebab penjaja mahu ambil keuntungan mudah atau menjadi ‘bidan terjun’ sebagai penjaja di bulan Ramadan.
Selain itu, mereka turut menyimpulkan rata-rata juadah yang dijual tidak sepadan dengan harga jualan yang tinggi itu.
KUALA LUMPUR – Sehari menjelang 1 Ramadan, peniaga bazar Ramadan di seluruh negara giat membuat persiapan akhir, termasuk pemasangan kanopi dan susun atur gerai.
Di KUALA LUMPUR, tinjauan Bernama di Bazar Kampung Baru mendapati kontraktor sedang mendirikan kanopi untuk peniaga yang mendapat permit berniaga dari 2 hingga 30 Mac.
Penjual minuman, Muhammad Syafaat, 31, berkata, pengambilalihan pengurusan bazar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kelegaan kepada peniaga apabila kadar sewa tapak dikurangkan daripada RM750 kepada RM500 sekali gus meringankan kos operasi.
Sementara itu, peniaga tetap, Nisa, 39, berkata, walaupun harga bahan mentah meningkat, beliau mengekalkan harga jualan untuk menarik pelanggan dan penyusunan semula tapak juga membantu mengurangkan kesesakan selain mewujudkan suasana lebih selesa.
Di PERAK, bazar utama seperti di Stadium Perak, Medan Gopeng dan Bulatan Sultan Azlan Shah (BSAS), Meru Raya, sudah siap sedia menerima pengunjung.
Peniaga kebab, Wahi Ekram Mat Kasa, 39, berkata, beliau menambah menu baharu seperti shawarma dan tortilla, dengan sedikit kenaikan harga antara 50 sen hingga RM1 akibat peningkatan kos bahan mentah.
Sementara itu, lebih 900 lot bazar disediakan di PERLIS, termasuk di Dataran Persiaran Wawasan (300 lot), Arau (220 lot), Kangar (119 lot) dan Taman Kemajuan (71 lot).
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) Affendi Rajini Kanth berkata, kadar sewa dikekalkan rendah untuk meringankan beban peniaga.
Di KELANTAN pula peniaga di Bazar Ramadan Melor mula mempromosi produk mereka dengan menggunakan kain rentang.
Peniaga buah-buahan, Abdul Muhaimin Sulaiman, 29, berkata, tahun ini beliau menyewa empat tapak di bazar itu, selain memiliki kedai buah di Kampung Buloh Poh dan menyewa tapak tambahan di Bazar Ramadan Peringat, Kota Baharu.
Peniaga colek, Mohd Nazir Che Mahmud, 64, berkata, jualan colek paling laris pada awal dan akhir Ramadan apabila ramai perantau pulang ke kampung.
Di NEGERI SEMBILAN, lebih 140 tapak perniagaan disediakan di Dataran Senawang 3, Seremban, dengan bazar beroperasi dari 7 malam hingga 12 tengah malam sepanjang Ramadan. Penganjur, Persatuan Cakna Rasa Sayang, menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia bagi kawalan keselamatan.
Peniaga ayam goreng, Fatin Syazwahanis Kamaruzaman, 26, menawarkan menu seperti chicken tenders dan curly fries pada harga antara RM8 hingga RM14 di gerai Mr Tenders.
Bagi Abdul Razif Sulaiman, 40, yang menjual 'roti John' di Angsana Bahau, Jempol, masih mengekalkan harga RM7 dan bersyukur kadar sewa bazar tahun ini diturunkan daripada RM350 kepada RM300. – Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tazabar nak pi tapi iols tak sihat arini |
|
|
|
|
|
|
|
nasi kerabu wan atiq sure panjang org beratur |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok japg macam mana perginya |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa nak pergi silakan dah malas nak masak kan. Tapi balik nanti kalau bising komplen sesak, mahal, tak sedap meh sini kita pakat lempang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Iolss mls nak p Bazar Ramadan..iolss nak tapau lauk tuk sahur kat kedai depan kelas martial art anak iolss je nanti...berbuka anak2 nak berbuka di masjid..tp sehari dua ni berbuka di luar dl...suami iolss dpt jemputan berbuka kat luar...mls nak p Bazar..ssh nak dpt yg sedap...berimpit2 dan mahaii...yg bt sakit ati x sedap tp mahaii..baik bl kat kedai yg dah biasa beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Acik makan kurma dan pisang je. |
|
|
|
|
|
|
|
hujan di kuala lumpur skrg ini... smoga semuanya dipermudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan-hujan pun tetaplah 33°C |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 2-3-2025 05:49 PM
Hujan-hujan pun tetaplah 33°C
Kan...bahang amat ari ni .eh tp sis kaki pose ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
Hri ini gie bazar
Jumpa bella dan syed saddiq
Comel rupanya bella |
|
|
|
|
|
|
|
honam replied at 2-3-2025 02:33 PM
nasi kerabu wan atiq sure panjang org beratur
Sama laaa kat rumah mak aku nasi kerabu cik yaya ramai gila manusia as usual …
Bazar rumah mak aku ni org sama setiap tahun jadinya … rasa mmg menten je laaa
Cuma tu laa
Masyarakat kita majmuk sgt sampai aku rasa semak
Gi supermarket nak beli barang basah … tapi penuh laaa segala yg bukan muslim pon menyemak time org berbuka nak beli
Kat bazar pon sama … aku macam nak menangis bazar penuh org … nak membeli pon susah .. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 2-3-2025 06:02 PM
Hri ini gie bazar
Jumpa bella dan syed saddiq
Comel rupanya bella
Bazar mana tu … |
|
|
|
|
|
|
|
Bazar petronas F1 sepang tu,tak rugi pun kalau yg duduk jauh2 tu tak datang.mehh sangat.
Iols ingat ala2 xclusive gitu,ala2 bazar khemah putih tersusun rapi gitu.sekali sampai mcm pasar malam biasa,khemah biru port dickson tu je
Tak banyak pilihan makanan,kuih muih pun xde banyak jual.first n last la iols dtg |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 2-3-2025 06:34 PM
Bazar mana tu …
Cer teka
Kebetulan JJCM kt sini |
|
|
|
|
|
|
|
Harini tak pegi pun bazar, esok baru nak gi, iols selalu berbuka cincai Dan ala kadar je  |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 2-3-2025 06:01 PM
Kan...bahang amat ari ni .eh tp sis kaki pose ke?
Akak tak uzur syar'ie hari nim, jadi akak puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 2-3-2025 07:24 PM
Cer teka
Kebetulan JJCM kt sini
Muor ke yong |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi aku beli nasi kerabu n nasi ayam kunyit.
Nak cari itik golek. Xde lak.  |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sesak la td nak jln pun susah berhimpit2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|