CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ditipu Kontraktor, Alami Slip Disc, Jadi Mangsa Penipuan Festival Raya, Kemalangan Kereta- Farez Adnan Tertekan Sebab Bernasib Malang

24-5-2023 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1935| Komen: 20

Sering ditimpa pelbagai nasib malang, Farez Adnan sentiasa tertekan dan alami serangan panik.

Kata penyanyi ini, antara ujiannya termasuk ditipu kontraktor yang mengubah suai rumahnya, menghidap slip disc dan menjadi mangsa penipuan Festival Raya Horeey x Fest Raya pada akhir Ramadan lalu.


Foto: IG

"Sebelum ini renovate rumah dan tukar dua kontraktor, yang pertama kena tipu dan kedua ini pula masih tergendala tidak dapat disiapkan atas sebab-sebab tertentu.

"Selepas itu saya dimasukkan ke hospital pula sebab tulang belakang saya retak dan disahkan mengalami slip disc. Tak cukup itu, akaun TikTok saya pula dua kali kena sekat.

"Banyaklah perkara yang berlaku dan saya rasa tahun ini paling banyak dugaan," katanya kepada mStar.



Terbaharu, dia ditimpa kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang majlis perkahwinan penyanyi Muna Shahirah yang diadakan di Mersing, Johor pada Sabtu lalu.


"Jujurnya lebih kurang dua tiga minggu sebelum ini saya sangat down sampai tak keluar rumah. Saya rasa macam terlalu banyak dugaan pada waktu itu.

"Bila kereta saya kena langgar ni, saya macam dah tak ada perasaan. Saya macam... apa lagi nak datang ni. Sebab boleh dikatakan dugaan itu datang setiap bulan," ujarnya.

Tambah Farez lagi, dia terpaksa mendapatkan rawatan untuk merawat masalah serangan panik yang dialami akibat tertekan dengan pelbagai dugaan menimpanya.

Menurutnya, doktor memaklumkan situasi dialaminya adalah normal bagi individu yang sedang berada dalam keadaan tertekan.



"Cuma masa saya down tu, sampai saya kena serangan panik. Dulu saya tak percaya fasal ni tapi bila kena sendiri, menggigil tak boleh memandu kereta, hati berdebar-debar semacam.

"Saya sempat berjumpa doktor dan mereka menasihatkan untuk melakukan perkara-perkara yang buat saya gembira.

"Kata doktor gejala yang saya alami juga normal sekiranya kita memang berada dalam keadaan tertekan," jelasnya.

Bekas peserta Akademi Fantasia itu bagaimanapun bersyukur dia mendapat sokongan daripada keluarga terdekat untuk terus memberikan semangat dan nasihat buatnya.


"Mak nasihatkan saya kena sabar dengan setiap ujian, Allah nak bagi perkara yang lebih baik ni. Mak saya seorang yang sangat positif.

"Mak kata Allah bagi, Allah tarik. Alhamdulillah saya masih ada mak ayah dan keluarga yang sentiasa berikan kata-kata semangat," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 24-5-2023 09:39 AM
Dalam artikel tulis bekas peserta AF, tp haram aku leh recall die ni sape
Quote Themilo 24-5-2023 09:41 AM
slyfynx replied at 24-5-2023 01:39 AM
Dalam artikel tulis bekas peserta AF, tp haram aku leh recall die ni sape

sama la, pernah ke dia masuk AF?

Mak dia lagi popular kot
Quote dudaberhias 24-5-2023 09:45 AM
kesiannya... semoga tabah la dengan ujian...

kalau kaka jadi ko dik kaka dah mandi bunga api bawah jambatan...
siap order bunga api merdeka yang meletop 1200 kali tu...

iols tau rasa dia macam mana bila tiba2 kete langgar dari belakang... waktu tu jem dan takde sape boleh memecut pun... mujur la takde apa yang teruk walaupun dah fefeeling di hujung2 nyawa gittew dah... sebab waktu tu iols tido...

dentaman kuat jugak... tapi nasib bumper alphard je renggang... orang langgar tu keluar2 muka terkejut, tengok mata dia pun layu2 je confirm mengantuk la tu...

Quote B40tastePosh 24-5-2023 10:00 AM
Hahaha...mak dia lagi popular.

Stakat pegang camera pun leh perasan popular...
Quote rosedemon 25-5-2023 08:23 AM
muka ko duk dlm lemari jela dekk
Quote bottompro 25-5-2023 08:28 AM
Sapa heols ni?
Rupa mcm Make up artis je
Quote vanillaninja 25-5-2023 08:34 AM
Tak kenal heols. Kawan heols penyanyi Muna Syahirah tu pun I tak kenal. Bye!
Quote intan244 25-5-2023 10:16 PM
semoga dipermudahkan segala urusan. masa untuk muhasabah diri. cara nak elak musibah adalah dgn bersedekah.
Quote codenamedream 25-5-2023 10:21 PM
Ni yang sitizoners tu ke?
Quote tokchik 26-5-2023 11:52 AM

AF TERSINGKIR AWAL

ADA JOIN AKEDEMI DANGDUT ASIA
PUN TAK LAMA BERTAHAN

MUKA DIA NI SEBIJI MUKA MAK DIA.
MUKA MAK DIA IRAS NORLIA RAMLI

MK DIA KALAU BERCAKAP.."KEPALA BAPAK KAU"

Quote akuMNdia 26-5-2023 12:08 PM
tokchik replied at 26-5-2023 11:52 AM
AF TERSINGKIR AWAL

ADA JOIN AKEDEMI DANGDUT ASIA

oooo... dia ni yg rajin sakat mak dia tu yer...yg mak dia ala2 garang tu?

Quote codenamedream 26-5-2023 12:39 PM
Edited by codenamedream at 26-5-2023 12:42 PM
tokchik replied at 26-5-2023 11:52 AM
AF TERSINGKIR AWAL

ADA JOIN AKEDEMI DANGDUT ASIA


Tak menjawab soalan tokcik oii

Dah meols google sendiri.
Heols peminat tegar siti.
https://youtu.be/QKeA043s-bc
SPENDER- Kelab Sitizoners Undi Farez

AF tersingkir awal tu tgk muka pun mmg dah tahu.
Tak berminat meols nak tahu pasal Mak dia
Quote tokchik 26-5-2023 12:44 PM
akuMNdia replied at 26-5-2023 12:08 PM
oooo... dia ni yg rajin sakat mak dia tu yer...yg mak dia ala2 garang tu?

BETUL...

ORANG PANGGIL MAK DIA MAKCIK PETIR


BAHASA PERCAKAPANNYA BERBUNYI KASAR
MCM STYLE ORNG MELAKA
Quote lazim 26-5-2023 02:20 PM
Aku igt dia ni.  Pnh masuk i can see your voice jgk.. pon org teka dia pnyamar
Quote red_velvet 26-5-2023 02:39 PM
Dia ni haritu masukkan belon dalam perut untuk  turunkan berat  badan kan .  macam anju buat tu.. tapi tembun lagi je kekdahnya
Quote telracs 26-5-2023 03:08 PM
Siapakah dia ni?
Muka mak dia macam pelakon inggeris yang jadi Queen Charlotte tu.
Quote minahmanja 26-5-2023 03:26 PM
Dah boleh kot muhasabah diri, tgk balik rezeki yg dtg tu mcm mana.. tak suke tgk video diorg ni sebab rasa mcm biadap . Gurau anak beranak kasar sgt.
Quote sleepandream 26-5-2023 03:26 PM
tuhan nak bersihkan duit tu... gitteww
Quote doubleharmonic 26-5-2023 04:23 PM
who are yousss?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.066602 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top