Lama betul tidak mendengar khabar berita tentang pelakon dan juga peragawati jelita, Kavita Shidu. Walaupun kini Kavita sudah mencecah umur 51 tahun, namun siapa saja yang melihat wajahnya pasti terpesona dengan kecantikan dan juga badannya yang tinggi lampai. Selebriti jelita ini pernah membuka mata dunia menerusi kecantikan semula jadi yang dimiliki apabila dinobatkan sebagai Miss Charm International pada tahun 1990 dulu. Di akaun TikTok miliknya, Kavita memuatnaik video bersama kapsyen pendek memaparkan dirinya menggayakan busana baju kurung dan gaun yang sopan.
Penampilan yang cukup ringkas itu membuatkan wargamaya terpukau dan memuji kecantikannya. Mana tidaknya, Kavita bukan saja cantik malah penampilan sopan yang digayakan itu menyerlahkan lagi keperibadian sederhana dan keanggunan dirinya. "wow vibes of miss world and miss universe" "ya Allah... tak pernah tak cantik dia ni..... maintain jelita dari dulu sampai bila2.." "I really admire you since I was young.. Really so beautiful.." "tertutup yg terindah...sopan manis jer" "Dah la cantik.. Baju semua sopan" "tak di mamah usia kecantikkan dia ni.." "sentiasa cantik dan sederhana orangnya" Sekadar info, Kavita Kaur Sidhu berkahwin dengan jejaka berasal dari Itali iaitu Roberto Guiati pada 2016. Guiati merupakan ahli geologi di sebuah syarikat cari gali minyak.
|
uda replied at 19-5-2023 03:56 PM
Dulu ada sekali tu nampak muka dia dah tua, seiring dengan usia. Maybe skrg ni sbb pakai filter of b ...
Melvin25 replied at 19-5-2023 04:46 PM
awal2 new year nampak laki dia ni selalu dengan awek berbeza, di Zenzero
dudaberhias replied at 19-5-2023 03:58 PM
sheols memang lawa dan anggun...mestilah nampak penuaan tapi masih lawa dan elegan yach...
baju2 dia ...
zehra2 replied at 19-5-2023 04:02 PM
permaisuri skrg pun helok gak.. senang sesama melayu
ADVERTISEMENT