CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amirreka Pernah Dimarah Tanya Soalan Sensitif - "Tak Mudah Buat Soalan Yang Berisiko Dibenci"

19-5-2023 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 479| Komen: 4

Description: Dimarahi seorang selebriti dalam program Super Spontan sebelum ini membuat Amir Raja Lawak berjanji untuk lebih berhati-hati ketika mengemukakan sebarang soalan kelak.Walaupun sudah lama berlaku, pela ...
Dimarahi seorang selebriti dalam program Super Spontan sebelum ini membuat Amir Raja Lawak berjanji untuk lebih berhati-hati ketika mengemukakan sebarang soalan kelak.

Walaupun sudah lama berlaku, pelawak lebih dikenali dengan gelaran Amirreka itu baru mendedahkan peristiwa tersebut ketika ditemui MalaysiaKini, baru-baru ini.



IG

“Seorang artis hantar mesej pesanan ringkas menyatakan dia kurang senang dengan soalan saya sebaik saja program berkenaan berakhir.

“Saya terima teguran itu dan selepas ini saya cuba berhati-hati supaya soalan diajukan tak menyinggung mana-mana pihak lagi,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Mega Spontan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berharap mana-mana selebriti pada masa sama mungkin boleh cuba memahami tugasnya sebagai pengacara.


Sebagai seseorang yang sudah mengendalikan program seumpama itu lebih dari 10 tahun, kata Amir, sudah pasti dia juga berdepan cabaran untuk memastikan tetap relevan sebagai penghibur.



“Biasanya saya hasilkan sendiri soalan tapi kadang-kadang dibantu penulis program.

“Saya harap mereka faham kerana bertanya soalan sedemikian dah jadi tugas saya.

“Anda mungkin nampak ia mudah tapi sebenarnya bukan senang untuk saya hasilkan soalan-soalan yang berbentuk hiburan tapi pada masa yang sama ia berisiko untuk dibenci oleh pihak lain,” katanya.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-5-2023 12:36 PM
mungkin sebab soalan kau tu tak menjadi kot...
lawaknya tak sampai sebab ko memang tak lawak pun amir...
patutnya sambung je jual air jagung...

Quote Pujangga22 19-5-2023 12:44 PM
igtkan Amir mn
Quote wirazam 19-5-2023 05:13 PM
Sapa retis tu dan soalan apa yg ditanya
Quote KamikuP 23-5-2023 03:13 PM
Artis mana yg sentap tu cerkabo

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.094647 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top