CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pernah Jadi Busker, Popular Di Tiktok- Mierul Hazly Cuba Nasib Jadi Penyanyi

19-5-2023 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 310| Komen: 1

Description: Pernah menjadi penghibur jalanan atau busker, Mierul Hazly terus berusaha mencari ruang menempatkan diri dalam industri seni.
Pernah menjadi penghibur jalanan atau busker, Mierul Hazly terus berusaha mencari ruang menempatkan diri dalam industri seni.

Berasal dari Putrajaya, Mierul yang menetap di Rembau, Negeri Sembilan memiliki seramai lebih 234,000 pengikut dalam TikTok.


Foto: IG

Sebagai langkah mula menjadi penyanyi, penyanyi naungan Armani Entertainment Group (AEG) itu muncul dengan single perdana berjudul Dengan Bismillah.

Merupakan hasil ciptaan dan tulisan sendiri, Dengan Bismillah mendapat khidmat komposer Mel Ramlan dan diterbitkan sepenuhnya oleh AEG.

Bercakap tentang peluang yang diraih, Mierul menganggap apa yang datang di depan mata sebagai rezeki tidak disangka-sangka.



“Setelah sekian lama mencari peluang untuk menjadi seorang penyanyi, peluang itu akhirnya tiba dengan single perdana ini.

“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir untuk berkarya serta menyanyikan lagu ciptaan bersama komposer hebat seperti Mel Ramlan yang pernah membuat lagu untuk artis popular antaranya Aizat Amdan dan Fattah Amin,” katanya.

Bakal guru itu juga berazam mahu menceburi bidang lain seperti perniagaan.



Tidak sekadar memasang impian bergelar penyanyi, jejaka yang pernah mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan nasyid kebangsaan semasa berusia 17 tahun itu sebenarnya sedang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah rendah di sekitar Sepang, Selangor.

 Mierul menjadikan TikTok sebagai medium untuknya mengembangkan bakat menyanyikan semula lagu penyanyi lain.

“Saya ada juga buat cover (lagu saduran) lagu dalam platform media sosial lain seperti Instagram, YouTube dan Twitter. Pada masa sama, tetap aktif mencuba nasib dalam beberapa pertandingan nyanyian sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

“Kisah bersama AEG bermula selepas saya menghantar video nyanyian kepada syarikat rakaman tersebut. Kemudian saya dipanggil menjalani uji bakat tertutup sehingga akhirnya membawa kepada peluncuran lagu Dengan Bismillah,” katanya lagi.



Dengan Bismillah merupakan sebuah lagu cinta genre pop balada moden yang menceritakan doa dan harapan seseorang tentang jodoh serta masa depan.

Menceritakan pengalaman merakamkan lagu perdananya, Mierul bersyukur kerana proses tersebut berjalan dengan lancar.



“Proses rakaman memakan masa selama satu jam saja tetapi panduan sudah diberikan sebulan awal oleh komposer.

“Sebab saya perlu mendalami rasa serta vokal yang dikehendaki agar meresap dalam jiwa apabila dinyanyikan.

“Untuk video muzik pula, AEG menerbitkan sebuah siri web mini khas yang mengetengahkan konsep cerita cinta muda-mudi, mengejar cita-cita serta konflik dalaman dalam usaha merealisasikan impian bergelar penyanyi,” katanya yang turut menyumbang dalam bentuk lirik dan gubahan lagu.



Lagu Dengan Bismillah kini boleh dimuat turun dalam iTunes Store dan boleh didengari menerusi pelbagai aplikasi penstriman seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Video muzik rasmi dan siri web mini pula boleh ditonton secara eksklusif dalam YouTube Armani Entertainment. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-5-2023 04:30 PM
who iz yuhhh dikkk...

dah la tak herlok...

harap2 maju jaya lah yerr...
sekarang ni lagu sedap dan suara sedap pun tak cukup untuk jadi popular...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.039899 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top