Siapa sangka pelakon Jaafar Onn memasang impian untuk menerbitkan semula sitkom terkenal era 90-an, Cili Padi. Mesra dipanggil Papa, Jaafar mendedahkan bahawa inisiatif seperti skrip, jalan cerita yang baharu sudah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu namun, ia terbantut ekoran kekangan kewangan.
"Sekitar 27 tahun yang lalu, saya mula terkenal dengan sitkom Cili Padi dan sehingga ke hari ini pun Cili Padi itu dikenali ramai walaupun rata-rata peminat sitkom berkenaan kini sudah meningkat dewasa. Jadi saya mengharapkan adanya sambungan bagi Cili Padi. "Tapi banyak syarikat yang belum lagi ke depan untuk membuat sambungan cerita ini, jalan cerita dah ada, pelakon pun dah sedia ada. Cuma sekarang ni masalahnya ialah ‘funder’ tiada. "Kami dah berjumpa dengan sebuah syarikat, berbincang bagaimana untuk memastikan cerita ini meletup tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.
"Pelakon asal seperti Melissa Saila dan ramai lagi sudah bersetuju untuk bergabung semula jadi saya harap syarikat yang berminat janganlah risau untuk menerbitkan sitkom ini," katanya kepada OHBulan di pelancaran Restoran Pertama Jaafar Onn, Nasi Kukus Tonggek yang bertempat di Lot 10, Bukit Bintang, pada Khamis. Tambahnya, ada stesen televisyen yang berminat untuk menyiarkan sitkom Cili Padi itu apabila ia sudah siap diterbitkan kelak seperti Astro dan TV3. "Jadi jangan risau sebab sitkom ni memang dah ada stesen tv yang berminat nak siarkan," katanya. Tegas Jaafar, dia tetap kena gagahkan diri untuk terus berlakon walaupun sudah berusia. - CARI |
cmf_premierleag replied at 19-5-2023 01:27 PM
Waah bang jakpor bukak restoran kt lot 10 ya..nak pi la sapot
shernazz replied at 20-5-2023 01:38 PM
Member iols cakap dia masak sedap oo..
Terutama nasi beriani..
Ni masa bertahun2 dulu.la masa jaaf ...
phalanx replied at 20-5-2023 12:17 PM
masalahnya generasi yg tgk cili padi ni semua dah jadi generasi yg tgk series berkualiti astro origi ...
ADVERTISEMENT