CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 13

Dah Ada Stesen TV Berminat, Jaafar On Nekad Sambung Sitkom ‘Cili Padi’

[Copy link]
Post time 19-5-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Siapa sangka pelakon Jaafar Onn memasang impian untuk menerbitkan semula sitkom terkenal era 90-an, Cili Padi.


Mesra dipanggil Papa, Jaafar mendedahkan bahawa inisiatif seperti skrip, jalan cerita yang baharu sudah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu namun, ia terbantut ekoran kekangan kewangan.




Foto: OHBulan




"Sekitar 27 tahun yang lalu, saya mula terkenal dengan sitkom Cili Padi dan sehingga ke hari ini pun Cili Padi itu dikenali ramai walaupun rata-rata peminat sitkom berkenaan kini sudah meningkat dewasa. Jadi saya mengharapkan adanya sambungan bagi Cili Padi.


"Tapi banyak syarikat yang belum lagi ke depan untuk membuat sambungan cerita ini, jalan cerita dah ada, pelakon pun dah sedia ada. Cuma sekarang ni masalahnya ialah ‘funder’ tiada.


"Kami dah berjumpa dengan sebuah syarikat, berbincang bagaimana untuk memastikan cerita ini meletup tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.


"elakon asal seperti Melissa Saila dan ramai lagi sudah bersetuju untuk bergabung semula jadi saya harap syarikat yang berminat janganlah risau untuk menerbitkan sitkom ini," katanya kepada OHBulan di pelancaran Restoran Pertama Jaafar Onn, Nasi Kukus Tonggek yang bertempat di Lot 10, Bukit Bintang, pada Khamis.


Tambahnya, ada stesen televisyen yang berminat untuk menyiarkan sitkom Cili Padi itu apabila ia sudah siap diterbitkan kelak seperti Astro dan TV3.




Foto: OHBulan




"Jadi jangan risau sebab sitkom ni memang dah ada stesen tv yang berminat nak siarkan," katanya.


Tegas Jaafar, dia tetap kena gagahkan diri untuk terus berlakon walaupun sudah berusia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2023 12:42 PM | Show all posts
harap2 bukan si ahsem tibi lah... hujung2 nanti tak bayor pun gaji ko pacik japar oi...
melopong terus ko sambil jual nasi tonggek sesambil baca mentera....

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Waah bang jakpor bukak restoran kt lot 10 ya..nak pi la sapot
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 02:13 PM | Show all posts
Si Shafiq tu ada jugak ke nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ok gak ni
sitkom zmn kanak2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 12:59 AM | Show all posts
nasi kukus tonggek nama restoran heshe yach...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2023 12:17 PM | Show all posts
masalahnya generasi yg tgk cili padi ni semua dah jadi generasi yg tgk series berkualiti astro originals, netflix originals, viu originals. buat dulu market research ada orang nak tgk ke tak. takut kalau takde orang tgk nanti merempan plak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-5-2023 01:27 PM
Waah bang jakpor bukak restoran kt lot 10 ya..nak pi la sapot

Member iols cakap dia masak sedap oo..
Terutama nasi beriani..
Ni masa bertahun2 dulu.la masa jaafar onn ni ada amek tempahan nasi2 utk majlis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 01:51 PM | Show all posts
nasi kukus tonggek tu asalnya die duta je kan? yg dkt lot10 tu baru restoran die
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah laa.. nanti cam cite pimai pimai tangtu.. terus jadi xbest. Siap kena kecam lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-5-2023 01:38 PM
Member iols cakap dia masak sedap oo..
Terutama nasi beriani..
Ni masa bertahun2 dulu.la masa jaaf ...

Pernah tgk ig j onn hantar kek ke rumah nik marini. J onn yg buat kot.

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 11:26 PM | Show all posts
phalanx replied at 20-5-2023 12:17 PM
masalahnya generasi yg tgk cili padi ni semua dah jadi generasi yg tgk series berkualiti astro origi ...

ye ke kaka... mujur lah theyols pindah tengok netflix...iols hengat generasi2 tu semua dah kena pakat2 berjemaah pergi konter esteloder esok untuk beli serum anti penuaan dan titik kat muka tiap2 malam supaya tampak muda balik...


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Cili padi tu dulu aziz m osman ke yg direct ? Aziz dulu kan banyak buat sitkom best2 pastu mesti ada tam suhaimi
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-5-2023 11:20 PM
Pernah tgk ig j onn hantar kek ke rumah nik marini. J onn yg buat kot.

Maybe la kot..
Ada.makcik ni cite..masa tahun 90an ke awal 2000an dolu.. Jo neh jadi juri utk program ukur buah Dan masakan kanduri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053987 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list