CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Di Mamah Usia Kecantikkan Dia Ni", Dah Usia 50-an, Kavita Shidu Dipuji Tetap Cantik Dan Sopan

19-5-2023 03:20 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5331| Komen: 82

Description: Lama betul tidak mendengar khabar berita tentang pelakon dan juga peragawati jelita, Kavita Shidu. Walaupun kini Kavita sudah mencecah umur 51 tahun, namun siapa saja yang melihat wajahnya pasti terp ...



Lama betul tidak mendengar khabar berita tentang pelakon dan juga peragawati jelita, Kavita Shidu.  Walaupun kini Kavita sudah mencecah umur 51 tahun, namun siapa saja yang melihat wajahnya pasti terpesona dengan kecantikan dan juga badannya yang tinggi lampai.

Selebriti jelita ini pernah membuka mata dunia menerusi kecantikan semula jadi yang dimiliki apabila dinobatkan sebagai Miss Charm International pada tahun 1990 dulu.

Di akaun TikTok miliknya, Kavita memuatnaik video bersama kapsyen pendek memaparkan dirinya menggayakan busana baju kurung dan gaun yang sopan.



Penampilan yang cukup ringkas itu membuatkan wargamaya terpukau dan memuji kecantikannya.

Mana tidaknya, Kavita bukan saja cantik malah penampilan sopan yang digayakan itu menyerlahkan lagi keperibadian sederhana dan keanggunan dirinya.

"wow vibes of miss world and miss universe"

"ya Allah... tak pernah tak cantik dia ni..... maintain jelita dari dulu sampai bila2.."

"I really admire you since I was young.. Really so beautiful.."

"tertutup yg terindah...sopan manis jer"

"Dah la cantik.. Baju semua sopan"

"tak di mamah usia kecantikkan dia ni.."

"sentiasa cantik dan sederhana orangnya"

Sekadar info, Kavita Kaur Sidhu berkahwin dengan jejaka berasal dari Itali iaitu Roberto Guiati pada 2016. Guiati merupakan ahli geologi di sebuah syarikat cari gali minyak. 




Kavita juga pernah membintangi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba seperti Layar Lara, Mimpi Moon dan Pontianak Harum Sundal Malam I & II dan Tanda Putera. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misszaitun 19-5-2023 03:36 PM

dia..erra fazira.mek jena semua yang nampak masih muda..sofia jane pun dah 51 pun nampak dah berusia
Quote aechae 19-5-2023 03:37 PM
Dengan bantuan filter pn iye jugakkk
Quote colorpensel 19-5-2023 03:52 PM
Laki dia helok juga..dorang belum ada anak ya
Quote uda 19-5-2023 03:56 PM
Dulu ada sekali tu nampak muka dia dah tua, seiring dengan usia. Maybe skrg ni sbb pakai filter of buat aesthetic treatments
Quote noor2 19-5-2023 03:56 PM
Cantiknya....dgn bentuk badan yg menten...ye la x de anak kan
Quote dudaberhias 19-5-2023 03:58 PM
sheols memang lawa dan anggun...mestilah nampak penuaan tapi masih lawa dan elegan yach...
baju2 dia pakai semua nampak herlok je terletak... takde la serhoper permaisuri kokdiang yang balik2 pesen so yesteryears dengan bulu2 macam bunga manggar beli dekat kedai eco tu jah..


laki pun herlok... kalau laki rhoper gini la acik2 porum restu untuk di tayang 24 jam macam laki si minaci marvel si ilya tu...

ni yang gigih duk menayang laki rhoper macam gampunk...
si ponder kanser dan cyst nurul deppika padukone yang buang anak serhoperrr kucing tinggal anak tepi jalan...

dah la laki tua gayut... tapi gigih duk menayang laki macam laki dia herlok sangat... padahal badan dah menggeleber...

anak2 plak walaupun half french tapi mata terbeliak macam tikus kat pasar siti khadijah...

apa ke hanat... heran sangat yang dapat laki hauk2 ni perasan gila laki dia terpaling herlok...




Quote sharlenetexas 19-5-2023 03:59 PM
Sayang tak jadi queen.


Quote zehra2 19-5-2023 04:02 PM
permaisuri skrg pun helok gak.. senang sesama melayu
Quote nw111 19-5-2023 04:04 PM
uda replied at 19-5-2023 03:56 PM
Dulu ada sekali tu nampak muka dia dah tua, seiring dengan usia. Maybe skrg ni sbb pakai filter of b ...

Haah..dulu nmpk tua.. especially tang mata sheols..her dark circle chronic gak dulu..now dh nmpk ok
Quote laksmanabentan 19-5-2023 04:27 PM
vibe queen sgt kann... tapi nak buat camna, takde jodoh... huhu..
Quote Kancilkering 19-5-2023 04:37 PM
kadang kadang bila dh time…bangun tido terus nampak tua

macam joan rivers tu…plastic surgery ….klu kumpul leh jadik plastic tupperware…
Quote mamajawie 19-5-2023 04:38 PM
bergegar x ovari acik2 tengok laki dia ni herlokk sngat..



Quote Melvin25 19-5-2023 04:46 PM
awal2 new year nampak laki dia ni selalu dengan awek berbeza, di Zenzero
Quote sharlenetexas 19-5-2023 04:49 PM
Melvin25 replied at 19-5-2023 04:46 PM
awal2 new year nampak laki dia ni selalu dengan awek berbeza, di Zenzero

Ingatkan dgn lelaki2 berbeza.


Quote wirazam 19-5-2023 04:52 PM
Laki dia dgn KS nih sama umur ka
Quote vanillaninja 19-5-2023 04:54 PM
Lawanya sheols.
Quote Incanto 19-5-2023 04:57 PM
dudaberhias replied at 19-5-2023 03:58 PM
sheols memang lawa dan anggun...mestilah nampak penuaan tapi masih lawa dan elegan yach...
baju2 dia ...

wakakakakak...kakadude tak pernah tak lawak

tikus kat pasar siti khadijah pun boleh
Quote Incanto 19-5-2023 04:58 PM
zehra2 replied at 19-5-2023 04:02 PM
permaisuri skrg pun helok gak.. senang sesama melayu

taste SS hebat hebat belaka
Quote Incanto 19-5-2023 04:59 PM
kalau tak silap kavitha ni lahir 1970..dah 53 lah
tapi mmg cantik dan elegant .....baju semua elok terletak

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.059525 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top