CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Mustahil Kerajaan Perpaduan Boleh Dijatuhkan - Sanusi

14-5-2023 02:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 812| Komen: 18

Yan: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa tidak mustahil Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini, dijatuhkan seperti khabar angin yang diperkatakan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, tidak mengetahui sebarang rancangan yang dilakukan ke arah itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada Majlis Himpunan Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kedah di Dewan Serbaguna Padang Awam Guar Chempedak. 

"Saya tak boleh mengesahkan atau menafikan, tetapi saya gembira sekiranya ia betul berlaku, malah saya harap perkara itu berlaku.

"Jangan tanya saya (siapa yang terbabit), saya bukan Ahli Parlimen, kena tanya mereka (Ahli Parlimen)," katanya pada sidang media selepas melancarkan Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah di Padang Awam Guar Chempedak di sini, malam tadi.


Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan PN mempunyai sokongan seramai 126 Ahli Parlimen bagi membolehkan peralihan Kerajaan Persekutuan dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

Bagaimanapun, Anwar mencabar pihak terbabit mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri pada Sidang Parlimen bulan ini, sekiranya pembangkang benar mempunyai sokongan mencukupi.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau percaya Anwar mengetahui mengenai perkara itu, malah Perdana Menteri tidak pernah menafikan terdapatnya usaha menukar kerajaan Persekutuan.

"Kenapa dia (Anwar) takut? Mesti dia tahu bukan? Jika dia tidak menafikan (usaha menukar kerajaan), orang boleh kata itu cuma khabar angin sahaja.

"Dan dia juga tidak menafikan, perkara itu (tukar kerajaan) tidak mustahil boleh dilakukan," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miznora 14-5-2023 04:22 PM
Sudah2 la tu. Bosan kitorang asyik dengan agenda tebuk atap. Apa kata redo je dengan keputusan sekarang. Tunggu lagi 5 tahun baru tukar nex election..

Apakata biarkan yb2 sekarang berkhidmat dulu untuk rakyat. Cukup masa nanti kami tau la jalankan tugas kami pulak
Quote dua_chzy 14-5-2023 05:02 PM
Akak nak sangat sekor2 ahli politik yang gigih berebut kuasa lompat tikam sana sini ini dipanah petir.
Quote wikedsaikel 14-5-2023 05:11 PM
Air sungai pon tak hengen tengok hang sebab tu lari ramai ramai jadi wap air.
Quote Orix 14-5-2023 05:44 PM
not now la...
Quote nolya 14-5-2023 05:57 PM
Alam dilakar begitu indah
Indah berseri kagum dipandang
Ayuhlah melangkah tak hanya bermadah,
Di gelanggang, beradulah hebat jgn kencundang

Apa dibakar berbau hangit,
Ada bara di sekam padi
Guruh gemuruh berdentum di langit,
Hujan lebat jaga tak jadi

Quote Suchi 14-5-2023 06:35 PM
Tolong bitau bila PRN ya?
Nak jjcm nih.
Tgk kat jalan bendera PN merata2 dah
Quote menjad 14-5-2023 06:44 PM
Tak sudah2.
Quote Orix 14-5-2023 06:52 PM
iols smpai skrg wonder kenapa PN takmau gabung dgan PH ms PRU haritu... pd iols ada 2 jah :

1. Abahcow rs terhina dan downgrade kalau heols kena jd TPM bawah bangnon
2. Nk biar rakyat tngok permainan bangnon yg sanggup gadai prinsip demi jd PM

iols cuma harap PAS ni boleh di-liberal-kan sikit otak deme ataupun biarlah yislamik tentang perkara yg betul tanpa double standard...
Quote rogayahtop 14-5-2023 07:13 PM
wajah tak ada nur
Quote Rogue98 14-5-2023 07:48 PM
PNtat bila nak start buat kerja? Asik2 fikir nak tebok atap...dan dah ada jomlahhhh.
Dulu agong suh kerjasama jadi kerajaan dgn PH ..PNtat taknak....skrg meroyan tak habis2.
Korang takleh buat apa dah. Polis pun tengah pantau korang...dan apa2 pergerakan utk tebok atap ke ...jatuhkan kerajaan ke akan di anggap treason...khianat and derhaka...boleh hukum bunuh kalau ikut undang2 lama...saja kerajaan hapuskan hukuman bunuh sbb tak sampai hati dan supaya korang yg khianat ni boleh duk penjara lama....kalau tak percaya ..try lah...
Quote mojarean_X 14-5-2023 07:57 PM
Go sanusi go
Quote Decaffeinated 14-5-2023 08:35 PM
Orang tanya dia jawab kan? So, aku tak mau kecam dia. Baik kecam TT lagi bagus
Quote nolya 15-5-2023 12:32 AM
mojarean_X: Go sanusi go

Go......... where to? To heaven or hell?

Quote sambaldurian 15-5-2023 01:18 AM
rogayahtop: wajah tak ada nur


Dia ni skg je muka x berseri, ada aritu tertengok tik tok gambar2 lama fia masa dia jd askar laut, segak jgk , tinggi cerah, kurus. Punyala tunggu ending vid tik tok tu sapa la gerangan askar laut, sekali ko tunjuk dia. Pergh beza betul. 'Open minded' la jgk ada gambar ngan askar wanita kt kantin, skg je jd 'terpaling'.
Quote akusukaq 15-5-2023 07:43 AM
Boss endiri pilih ikut Abahkow jd pembangkang, sekarang rata rata dah meroyan nak balik  jadi kerajaan, addey.....
Quote sangbara2020 15-5-2023 07:47 AM
ala penat la....org atas2 ni mikio kepentingan deme aje ke...
Quote pokokmeranti 15-5-2023 07:47 AM
yg nak tukar kerajaan nie majoriti pemimpin melayu je kan....dari dulu kurang nampak bangsa lain nak sebut tukar kerajaan melainkan tiba PRU.
Quote B40tastePosh 15-5-2023 10:51 AM
PN memerintah bukan nya parlimen buka pon.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.139307 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top