View: 678|Reply: 18
|
Tidak Mustahil Kerajaan Perpaduan Boleh Dijatuhkan - Sanusi
[Copy link]
|
|
Yan: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa tidak mustahil Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini, dijatuhkan seperti khabar angin yang diperkatakan.
Bagaimanapun, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, tidak mengetahui sebarang rancangan yang dilakukan ke arah itu.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada Majlis Himpunan Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kedah di Dewan Serbaguna Padang Awam Guar Chempedak.
"Saya tak boleh mengesahkan atau menafikan, tetapi saya gembira sekiranya ia betul berlaku, malah saya harap perkara itu berlaku.
"Jangan tanya saya (siapa yang terbabit), saya bukan Ahli Parlimen, kena tanya mereka (Ahli Parlimen)," katanya pada sidang media selepas melancarkan Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah di Padang Awam Guar Chempedak di sini, malam tadi.
Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan PN mempunyai sokongan seramai 126 Ahli Parlimen bagi membolehkan peralihan Kerajaan Persekutuan dilakukan dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimanapun, Anwar mencabar pihak terbabit mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri pada Sidang Parlimen bulan ini, sekiranya pembangkang benar mempunyai sokongan mencukupi.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau percaya Anwar mengetahui mengenai perkara itu, malah Perdana Menteri tidak pernah menafikan terdapatnya usaha menukar kerajaan Persekutuan.
"Kenapa dia (Anwar) takut? Mesti dia tahu bukan? Jika dia tidak menafikan (usaha menukar kerajaan), orang boleh kata itu cuma khabar angin sahaja.
"Dan dia juga tidak menafikan, perkara itu (tukar kerajaan) tidak mustahil boleh dilakukan," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah2 la tu. Bosan kitorang asyik dengan agenda tebuk atap. Apa kata redo je dengan keputusan sekarang. Tunggu lagi 5 tahun baru tukar nex election..
Apakata biarkan yb2 sekarang berkhidmat dulu untuk rakyat. Cukup masa nanti kami tau la jalankan tugas kami pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Akak nak sangat sekor2 ahli politik yang gigih berebut kuasa lompat tikam sana sini ini dipanah petir. |
|
|
|
|
|
|
|
Air sungai pon tak hengen tengok hang sebab tu lari ramai ramai jadi wap air. |
|
|
|
|
|
|
|
Alam dilakar begitu indah
Indah berseri kagum dipandang
Ayuhlah melangkah tak hanya bermadah,
Di gelanggang, beradulah hebat jgn kencundang
Apa dibakar berbau hangit,
Ada bara di sekam padi
Guruh gemuruh berdentum di langit,
Hujan lebat jaga tak jadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolong bitau bila PRN ya?
Nak jjcm nih.
Tgk kat jalan bendera PN merata2 dah
|
|
|
|
|
|
|
|
iols smpai skrg wonder kenapa PN takmau gabung dgan PH ms PRU haritu... pd iols ada 2 jah :
1. Abahcow rs terhina dan downgrade kalau heols kena jd TPM bawah bangnon
2. Nk biar rakyat tngok permainan bangnon yg sanggup gadai prinsip demi jd PM
iols cuma harap PAS ni boleh di-liberal-kan sikit otak deme ataupun biarlah yislamik tentang perkara yg betul tanpa double standard... |
|
|
|
|
|
|
|
PNtat bila nak start buat kerja? Asik2 fikir nak tebok atap...dan dah ada jomlahhhh.
Dulu agong suh kerjasama jadi kerajaan dgn PH ..PNtat taknak....skrg meroyan tak habis2.
Korang takleh buat apa dah. Polis pun tengah pantau korang...dan apa2 pergerakan utk tebok atap ke ...jatuhkan kerajaan ke akan di anggap treason...khianat and derhaka...boleh hukum bunuh kalau ikut undang2 lama...saja kerajaan hapuskan hukuman bunuh sbb tak sampai hati dan supaya korang yg khianat ni boleh duk penjara lama....kalau tak percaya ..try lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tanya dia jawab kan? So, aku tak mau kecam dia. Baik kecam TT lagi bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
Go......... where to? To heaven or hell?
|
|
|
|
|
|
|
|
rogayahtop: wajah tak ada nur
Dia ni skg je muka x berseri, ada aritu tertengok tik tok gambar2 lama fia masa dia jd askar laut, segak jgk , tinggi cerah, kurus. Punyala tunggu ending vid tik tok tu sapa la gerangan askar laut, sekali ko tunjuk dia. Pergh beza betul. 'Open minded' la jgk ada gambar ngan askar wanita kt kantin, skg je jd 'terpaling'. |
|
|
|
|
|
|
|
Boss endiri pilih ikut Abahkow jd pembangkang, sekarang rata rata dah meroyan nak balik jadi kerajaan, addey..... |
|
|
|
|
|
|
|
ala penat la....org atas2 ni mikio kepentingan deme aje ke... |
|
|
|
|
|
|
|
yg nak tukar kerajaan nie majoriti pemimpin melayu je kan....dari dulu kurang nampak bangsa lain nak sebut tukar kerajaan melainkan tiba PRU. |
|
|
|
|
|
|
|
PN memerintah bukan nya parlimen buka pon. |
|
|
|
|
|
|
| |
|