View: 3837|Reply: 7
|
[Tempatan]
Mahkamah Perintah AirAsia Bayar ganti rugi RM268,620 Kepada Bekas Juruterbang
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 12-11-2024 04:02 PM
freemalaysiatoday.com
November 12, 2024
KUALA LUMPUR:Mahkamah Industri telah mengarahkan AirAsia untuk membayar pampasan RM268,620 kepada bekas juruterbang, Eric Koh, selepas memutuskan bahawa beliau mengalami “pembuangan kerja secara konstruktif".
Pengerusi Mahkamah, S Vanithamany, membuat keputusan ini pada minggu lalu, berpihak kepada Koh dalam kes yang menimbulkan isu besar mengenai hak pekerja semasa pandemik.
Koh mula bekerja dengan AirAsia sejak Julai 2018 tetapi membuat keputusan untuk meletak jawatan selepas disuruh mengambil cuti tanpa gaji atau furlough sepanjang tempoh Covid-19 pada tahun 2022.
AirAsia memotong gaji asas Koh sebanyak 75%, merujuk kepada kekangan rentas sempadan yang menyebabkan operasi penerbangan terhenti.
Koh mendakwa pemotongan drastik ini memberi impak besar kepada pendapatannya sehingga beliau tiada pilihan selain daripada meletakkan jawatan.
AirAsia pula mempertahankan tindakan mereka dengan menyatakan bahawa Koh “meletakkan jawatan atas kerelaan sendiri”.
Namun, Vanithamany menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak berhak untuk memotong lebih daripada 50% gaji Koh tanpa persetujuannya.
“Kontrak Koh tidak menyebut apa-apa tentang kekerapan penerbangan untuk mendapatkan gaji asas. Hanya elaun beliau yang dikira berdasarkan jumlah penerbangan bulanan,” kata Vanithamany.
Lebih menarik lagi, mahkamah mendapati AirAsia sebenarnya mencatat keuntungan untuk tahun 2021, walaupun dalam tempoh pandemik.
Ini menimbulkan persoalan besar apabila syarikat terus memaksa pekerja terima potongan gaji tanpa persetujuan mereka.
Vanithamany juga menegaskan bahawa AirAsia tidak mengemukakan bukti yang menunjukkan kelulusan pengarah jeneral perhubungan industri untuk pemotongan gaji tersebut.
Dengan itu, mahkamah telah memberi pampasan RM232,320 kepada Koh sebagai bayaran gaji tertunggak dan RM36,300 sebagai pampasan penggantian kerja.
Dalam kes ini, Koh – bekas juruterbang AirAsia – diwakili oleh peguam Leow Ho Eng dan Tiffany Chin, manakala Wendy Lam dan Wong Jia Ee mewakili pihak AirAsia.- FMT
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cissss....nape la aku tak tau benda ni...walaupun dh dapat kerja lain masih dapat backpay tu eh?.... |
|
|
|
|
|
|
|
ingat lg acik2 porem pakat gelak2 kt pilot..jual nasik lemak..cookies masa pandemik...now?
Yg jual nasik lemak tu lah ada kat Emirates skg +- 30k sebulan
|
|
|
|
|
|
|
|
sempat lagi kot...
cer ko pegi jtk terdekat
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dah pergi dah....dia minta surat pengesahan doktor yg aku confirm mental stress yg resulted ngan aku resign....pastu banyak lagi la....aku mmg tipikal melayu yg malas betul nak simpan document2... so tak banyak yg aku boleh bagi evidence....aku give up half way....
tapi mmg ramai la yg sanggup tunggu sampai company terminate...pastu saman...pastu menang....aku happy for them.....aku anggap je tk de rezeki walaupun sebenarnya aku yg malas to go through all the minute detail process.....
|
|
|
|
|
|
|
|
i see.... xpelah, ada rezeki tempat lain tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...In Syaa Allah...bumi Allah ni luas....bak kata mak aku....cacing dalam tanah pun boleh hidup....tapi beberapa bulan jugak la aku menitipkan doa agar ex-company aku tu lingkup and semua boss2 aku ditimpa bala....tapi mungkin doa aku tu keji....tak dimakbulkan sepenuhnya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|