Filem Anwar: The Untold Story yang mengangkat kisah sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berjaya membuat Perdana Menteri Ke-10 itu tersentuh bagaimanapun dikatakan indah khabar sahaja.
Seorang pengguna Twitter membuat ciapan, meluahkan rasa dan pendapatnya terhadap filem biografi yang dinanti-nantikan peminat genre itu. Katanya, dia hanya boleh memberi nilai 1 bintang kerana menyifatkan filem itu tidak mencapai standard seperti yang dibayangkan, selain mendakwa skrip digunakan merapu, selain mutu lakonan pelakon utama kurang memuaskan. Tambahnya, filem Leftenan Adnan dan Pulang jauh lebih menrik untuk ditonton. Justeru, dia merasakan adalah lebih baik penonton tidak meletak harapan tinggi sebelum masuk ke panggung wayang jika mahu menonton filem berkenaan. - CARI
|
ctaz replied at 11-5-2023 09:05 AM
yg tgk filem ni...zahid dgn macai2 umno je...DAP pun tak tgk...
hahahah
ADVERTISEMENT