CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Walaupun Tak 100 Peratus Sama, PMX Tersentuh Dengan Filem Anwar: The Untold Story

9-5-2023 07:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 349| Komen: 6

Description: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi hadir menonton tayangan perdana filem "Anwar: The Untold Story” yang mengangkat kisah perjuangan politik beliau di Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bi ...
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi hadir menonton tayangan perdana filem "Anwar: The Untold Story” yang mengangkat kisah perjuangan politik beliau di Dadi Cinema, Pavillion Bukit Bintang, mengakui tersentuh dengan filem itu.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus sama, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan adalah kejadian sebenar.

"Saya sukar mengulas kerana ada episod yang telah kita lupakan kerana sakit dan menyedihkan. Banyak beban tertanggung adalah Azizah, anak-anak dan rakan-rakan,” katanya.


Harian Metro

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pengarah filem itu, Viva Westi dan pelakon utama, Farid Kamil Zahari turut hadir ke tayangan perdana berkenaan.

Memuji hasil karya sutradara dari Indonesia itu, Anwar menyifatkan garapan filem berkenaan sebagai pintar dan hebat kerana mampu meringkaskan penceritaan selama 23 tahun kepada filem berdurasi kira-kira 90 minit.


"Peristiwa puluhan tahun untuk disingkatkan itu sudah tentu tidak mudah, malah sinematografi filem ini juga sangat baik," katanya yang turut berpuas hati dengan lakonan Farid Kamil yang membawa watak beliau.

Dalam pada itu, Anwar berharap berpeluang untuk mendengar runut bunyi filem berkenaan berjudul "Menjaga Cintamu" nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang tidak sempat diperdengarkan pada sesi tayangan itu susulan masalah suntingan.

Sementara itu, Dr Wan Azizah bersyukur dan berharap agar filem berkenaan mampu menangkis semua persepsi negatif yang pernah dilemparkan terhadap Anwar.

Filem berlatarkan antara 1993 dan 1998 itu, menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

"Anwar: The Untold Story" yang membabitkan kos RM10 juta itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini. 


Sumber: Bernama



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 9-5-2023 08:21 AM
Jam Omega mana?
Quote caprut 9-5-2023 08:40 AM
Ada x part anwar janji harga minyak turun lpas jd PM dia buat bodoh je?
Quote Rajawali 9-5-2023 09:29 AM
ada dialog "saya ulammmmmm" tak?
Quote MissYouSayang 9-5-2023 09:41 AM
Pilem syok sendiri jahh. Term ko sepenggal pun belum habis jadi bmx dah gigih kuar biopik bagai...sarkas betui ..
Quote ezacbee 9-5-2023 10:04 AM
Nak sama mau 3 jam..
Quote prince_marhaen 9-5-2023 10:05 AM
tak minat tonton sebab,
1- parit kamil cautut,
2- minah yindon kayu septriasa,
3- actually filem yindon yang separuh berbahasa Malaysia,
4- POV dari kaca mata yindon yang tak merasa semak & rengseknya zaman reformasi,
5- lagu ost tak sedap langsung walaupun penyanyi bernombor nyanyi.
6- filem syok sendiri, shoot sorok2, dah menang baru feeling2 biopik bagai...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.061224 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top