CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

'Banyak Benda Aku Tak Tahu Dulu, Akhirnya Dah Tahu' - Afdlin Puji Sutradara Anwar: The Untold Story Berani

15-5-2023 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 542| Komen: 3

Description: PPengarah filem Anwar: The Untold Story yang mengupas persoalan membelenggu masyarakat sejak sekian lama menerima pujian daripada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, 51.Katanya, rakyat hanya di ...
PPengarah filem Anwar: The Untold Story yang mengupas persoalan membelenggu masyarakat sejak sekian lama menerima pujian daripada pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki, 51.

Katanya, rakyat hanya disajikan dengan laporan pihak media yang hanya menguar-uarkan punca Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara kononnya adalah disebabkan kesalahan liwat.



IG

Jelasnya, filem biopik ini berjaya memberikan jawapan sebenar menerusi dialog yang dilontarkan oleh pelakon utamanya.

“Mana ada pembikin filem di Malaysia yang berani buat dialog seperti filem ini.

“Bagi orang Indonesia, filem adalah tentang perjuangan. Mereka buat kisah tentang presiden negara dan tokoh-tokoh penting. Pada mereka, tiada kejanggalan menceritakan apa yang berlaku terhadap Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

“Filem ini menceritakan punca sebenar Anwar dimasukkan ke dalam penjara. Tajuk Untold Story, bermaksud ada benda-benda yang kita tidak pernah tahu akhirnya apabila sudah tonton baru kita akan faham,” katanya.


Bagi mereka yang ingin menonton filem biopik ini, kata Afdlin, perlu meletakkan mesej cerita sebagai matlamat utama berbanding mencari kelemahan dalam aspek teknikal.

Sebagai pembikin filem, katanya, dia akan mengklasifikasikan sesebuah naskhah sebagai bagus atau sebaliknya sekiranya jalan ceritanya mampu menyentuh perasaan penonton.

“Cerita ini sangat bagus sebab mengandungi mesej penting dan mengupas soal pengorbanan. Saya melihat filem ini dalam soal perjuangan bukan pada teknikal semata-mata.

“Kalau hendak cakap teknikal, bukan semua filem kita bagus daripada aspek tersebut. Mungkin ada kelemahan tetapi pengarah filem ini pernah memenangi anugerah sutradara terbaik di Indonesia pada 2008. Kredibilitinya tidak boleh dipertikaikan, makna kata dia boleh buat filem,” katanya.

Filem sentuhan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil yang memegang watak utama sebagai Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dengan dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail), Piet Pagau dan Dewi Irawan.



Naskhah itu digarap berdasarkan kisah sebenar yang berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Filem yang menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Mei ini.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 15-5-2023 05:32 PM
ok boleh la try tengok nanti... tapi tengok2 gitu2 je lah macam filem tokdet tu...
lepastu lupa gitu jah...

Quote AWEKSAMURAI 15-5-2023 09:08 PM
Malas lh nk tgok sbb Saiful xde ahahababa.. scene usung tilam masuk mahkamah pun xde
Quote ally9970 16-5-2023 02:33 PM
Cerita2 yg claimed as untold tu pun, sahih ke kebenarannya?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-3-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052345 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top