Cef selebriti, penyanyi dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob menegaskan tidak sepatutnya berlaku situasi di mana anak seni perlu menyembunyikan penyakit demi mencari rezeki. Dia memuat naik hantaran di Instagram susulan tularnya kisah Allahyarham Ridzuan Hashim yang difahamkan perlu 'menyembunyikan' kesakitannya.
"Ini harus diubah! Mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika ianya merupakan mata pencarian utama seseorang. "Atau mungkin ada di kalangan mereka yang “memberi job”, secara rahsia telah memberikan amaran “kalau dia ada penyakit jangan diberi job, nanti menyusahkan semua orang!" tulis Fazley menerusi hantaran di Instagram. Tambah beliau, pihak yang 'memberi rezeki' kepada golongan artis juga seharusnya bersikap lebih matang demi mengelakkan lebih ramai lagi yang terpaksa menyembunyikan kesakitan demi bekerja.
"Terpaksa rahsiakan penyakit kerana takut hilang job. "Allahu terlalu pedih ayat ini untuk ditelan. Adakah 'pemberi rezeki' kini telah menjadi terlalu jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat seindustri terpaksa 'buat-buat sihat' agar terus mendapat rezeki yang halal? "Janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat job!" tegasnya. Terdahulu, anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim, Dhanial tampil berkongsi keadaan kesihatan arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis. Kongsi Dhanial, bapanya difahamkan sudah lama sakit dan sengaja merahsiakan kesakitannya kerana dikhuatiri tidak mendapat tawaran berlakon dan sebagainya. Sumber: Gempak
|
annadonna replied at 5-5-2023 10:19 AM
Aku faham je maksud fazley tu. Penyakit mcm jantung ni kalau mental fizikal terjaga boleh je dikawal ...
winky1 replied at 5-5-2023 11:08 AM
Ya Allah. Apa mamat ni meroyan. Yang ada org tu artis masak tak sedap nak juga jadi chef celebrity. ...
annadonna replied at 5-5-2023 10:19 AM
Aku faham je maksud fazley tu. Penyakit mcm jantung ni kalau mental fizikal terjaga boleh je dikawal ...
mamaida28 replied at 5-5-2023 10:32 AM
mcm suami akk - ada masalah jantung gak. kawan opis dia nasihatkan even ada better jgn tunjuk sakit. ...
ADVERTISEMENT