View: 5318|Reply: 56
|
"Jangan Bagi Job Kalau Dia Ada Penyakit, Nanti Susahkan Semua Orang!" - Fazley Yaakob
[Copy link]
|
|
Cef selebriti, penyanyi dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob menegaskan tidak sepatutnya berlaku situasi di mana anak seni perlu menyembunyikan penyakit demi mencari rezeki.
Dia memuat naik hantaran di Instagram susulan tularnya kisah Allahyarham Ridzuan Hashim yang difahamkan perlu 'menyembunyikan' kesakitannya.
IG
"Ini harus diubah! Mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika ianya merupakan mata pencarian utama seseorang.
"Atau mungkin ada di kalangan mereka yang “memberi job”, secara rahsia telah memberikan amaran “kalau dia ada penyakit jangan diberi job, nanti menyusahkan semua orang!" tulis Fazley menerusi hantaran di Instagram.
Tambah beliau, pihak yang 'memberi rezeki' kepada golongan artis juga seharusnya bersikap lebih matang demi mengelakkan lebih ramai lagi yang terpaksa menyembunyikan kesakitan demi bekerja.
"Terpaksa rahsiakan penyakit kerana takut hilang job.
"Allahu terlalu pedih ayat ini untuk ditelan. Adakah 'pemberi rezeki' kini telah menjadi terlalu jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat seindustri terpaksa 'buat-buat sihat' agar terus mendapat rezeki yang halal?
"Janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat job!" tegasnya.
Terdahulu, anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim, Dhanial tampil berkongsi keadaan kesihatan arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis.
Kongsi Dhanial, bapanya difahamkan sudah lama sakit dan sengaja merahsiakan kesakitannya kerana dikhuatiri tidak mendapat tawaran berlakon dan sebagainya.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
terpaling karangan.... function ko dalam industri pun sendu sendu harapkan menang program masak pastu terus dah rasa terpaling chef.. ko pun sama kuat propa sampai menipu sijil... hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
alahai, dok diam2 lah dato fazley, |
|
|
|
|
|
|
|
tp kalau bukan pelakon pun, situasinya sama juga kan?
ada ke majikan nak ambil org sakit bekerja?
itulah realitinya
jadi, semasa sihat elokla bekerja betul2
dan sentiasa jaga kesihatan
jgn overwork smp kesihatan terjejas |
|
|
|
|
|
|
|
betul jugak, aku sokong pandangan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annadonna at 5-5-2023 11:20 AM
Aku faham je maksud fazley tu. Penyakit mcm jantung ni kalau mental fizikal terjaga boleh je dikawal. Ramai je government servant sakit jantung sepanjang service, hidup juga sampai pencen tak mati mati. Sebab fikiran tenang tak ada ancaman tak ada kerja or gaji.
So maksud fazley tu jgn la popularkan stigma ada penyakit takde job. Ini memang betul berlaku dlm industri. Sebab producer pun selfish. Tak mau ada org sakit dlm produksi takut risiko serangan penyakit. Sedangkan fasha sandha yg sihat walafiat pun tetiba masuk spital akibat ditumbuk azhan.
Maksudnya janganlah ada stigma tu. Lebih baik buat medical check up make sure artis sihat. Kalau ada sakit jantung pun kalau tengah sihat boleh je bekerja. Watak biar sesuai la. Ebby yus yg kronik aman aman aje org ambik lagi bagi job. So ambik positif aje cakap fazley tu supaya industri tak pinggirkan seniman berpenyakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Klu company biasa pun.. Klu staff sakit.. Sllu amik mc.. Kj x siap.. Member tlg cover kj.. Lama2 bos pun menyampah... Bkn bos je member pun menyampah.. Gj amik tp org lain tlg buatkan keje.. Ni reality ye.. Suka x suka tu yg terjadi |
|
|
|
|
|
|
|
mcm suami akk - ada masalah jantung gak. kawan opis dia nasihatkan even ada better jgn tunjuk sakit.. kita kena kerja.. sedih dgr tau |
|
|
|
|
|
|
|
Serba tak kena acik2 porem ni tau
Getus hati kecik tok padley bila membaca cemuhan dr sini. Hangsuang betul |
|
|
|
|
|
|
|
Utk pelakon yg x terikat contract lama maybe okay, tpi kalau keje private sector mmg ini la yang terjadi. Sbb tu la semakin berumur/ada history sakit mmg ada la discrimination nye.
|
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun pedih karangan tok ni..ada betul jugak..tp tu la kesian pulak tadak job..nak mkn apa nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
winky1 replied at 5-5-2023 11:08 AM
Ya Allah. Apa mamat ni meroyan. Yang ada org tu artis masak tak sedap nak juga jadi chef celebrity. ...
Kalau baca betul betul dia bercakap bagi pihak waris. Dia sound pihak industri. Tajuk dalam forum ni yg misleading. Aku setuju apa fazley cakap. Sikap industri yg menyebabkan artis terpaksa buat buat sihat walaupun hakikatnya sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
eh babi ko diam lah dasar terpaling jobstreet semua benda ko nauk sauk kejap nak jadi chep lah kejap jadi penceramah montotbasi lah kejap jadi penyanyi lah tapi semua ke laut yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
job jadi babi dalam kandang ko tak nak sauk pulak hah babi? |
|
|
|
|
|
|
|
betul juga ye bila di lihat dari sudut itu. better yet kalau boleh ada report dari dr walaupun sakit tapi masih fit to work. kalau tak, memang menjejaskan dua belah pihak.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada setengah company benarkan je yg sakit bekerja. contoh pesakit kanser. dah sakit pun kenalah kerja. sapa nk tanggung kos perubatan. kau ingt semua insurance cover ker. |
|
|
|
|
|
|
|
1. mungkin maksud dia jgn 'tjk sakit' sampai dilihat seolah lepas tangan buat kerja. kerja macam biasa. waktu sakit ambil rehat.
2. klu 'kerap nampak sakit' nanti majikan arahkan bersara awal atau berhenti.
3. member aku x sampai beberapa bulan dapat jawatan terus ditamatkan selepas tiba2 kena sakit.
itulah takdir dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
pengolahan ayat dia tak betul ni, terus misleading jadi macam 'kalau sakit jangan bagi kerja'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak faham apa yg dia cakap, dia sokong atau tak org rahsiakan penyakit demi job tu? Tajuk thread ni pun mengelirukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman skrg kerja mn2 yg selagi perlu menggunakan kudrat mmg akan terjejas klau sakit terutamanya bila dh berusia. Sbb itu ada yg cuba create pasif income utk waktu2 yg tak dijangka. Kwsp salah satu tools boleh membantu waktu kuderat dah semakin lemh kalau takde skim pencen. |
|
|
|
|
|
|
| |
|