Ed Sheeran memberikan juri konsert percuma semasa perbicaraan pelanggaran hak ciptanya di New York, lapor media AS. New York Times melaporkan, bintang pop British iyu menyanyi dan bermain gitar di kandang saksi pada Khamis.
Sheeran memainkan deretan empat chord asas bagi lagunya yang memenangi Anugerah Grammy, Thinking Out Loud menafikan bahawa ia adalah salinan lagu soul classic Marvin Gaye pada 1973 berjudul Lets Get It On, kata New York Times. Pemuzik Inggeris itu juga menyanyikan apa yang dikatakannya sebagai lirik asal lagunya, lapor ABC News. Tuntutan terhadap Sheeran difailkan waris penulis bersama Gaye Ed Townsend yang mendakwa perkembangan harmonik dan unsur berirama lagu 2014 beliau ditarik daripada lagu klasik tanpa kebenaran. Sheeran berkata, dia menulis kebanyakan lagunya dalam sehari dan menyatakan bahawa dia menulis Thinking Of Loud bersama dengan penyanyi dan penulis lagu Amy Wadge, yang juga rakan kongsi tetapnya.
Kedua-dua mereka menulis lagu itu di rumah Sheeran pada Februari 2014, sambil bermain gitar, katanya. Kedua-duanya mengalami kehilangan insan tersayang, baru-baru ini. Sheeran menyatakan bahawa datuknya baru sahaja meninggal dunia dan neneknya sedang melawan kanser, begitu juga Wagde mempunyai ahli keluarga yang sedang melawan penyakit. Mereka turut menambah mahu memberi penghormatan kepada orang di sekeliling yang disayangi. Sheeran berkata, dia keluar dari bilik mandi apabila mendengar Wadge memetik beberapa chord dari ruangan rumahnya. Juri akan memutuskan sama ada lagu Sheeran dan lagu klasik Gaye adalah sama. Seorang ahli muzik yang menjadi saksi untuk waris Townsend memberi keterangan bahawa lagu Sheeran dan Gaye menggunakan progres empat chord yang hampir sama. Keterangan itu mendorong Sheeran untuk mencapai gitar dan memainkannya, kata New York Times. Sheeran memainkan kedua-dua chord major kedua, yang katanya dia mainkan dalam setiap persembahan, kemudian chord minor kedua yang digunakan dalam Let's Go In On. Perbicaraan disambung semula pada hari Isnin ini. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT