Muar: "Jasad empat anak terbaring kaku menghadap kiblat seolah-olah berjemaah sebelum pergi buat selamanya," kata Nabila Sedu, 31, yang kehilangan anak-anaknya dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Kampung Sabak Awor di sini Rabu, lalu.
Wanita itu berkongsi kisah tragis menimpa empat anaknya, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap di bilik mandi kediamannya. Dalam kejadian 7.49 malam Itu, kesemua ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di kediaman berkenaan. Menurut Nabila, dia dimaklumkan kejadian oleh rakan suami selepas selesai membeli keperluan berbuka puasa dan barangan lainnya kediaman sedang di jilat api. "Saya bergegas pulang, kemudian melihat dengan lebih dekat, ketika itu saya sudah mengesyaki arwah anak kesemuanya meninggal dunia.
"Melihatkan keadaan jenazah mereka ketika itu tersusun arah kiblat memang tersentuh serta wajah kesemua arwah anak sangat tenang dan sejuk mata memandang, seolah baru berwuduk" katanya ketika ditemui di sebuah inap desa di Muar. Hadir sama Ketua Kampung Sabak Awor Ismail Mohd Shah. Menurutnya, ayam golek adalah menu kegemaran anak-anaknya sebagai juadah berbuka puasa dan mereka dapat menikmatinya beberapa hari sebelum tragedi itu. "Saya bersyukur selama ini bukan saja mereka menceriakan Ramadan buat keluarga besar kami, malah kami turut dapat memenuhi keinginan hati perasaan mereka. "Ianya sangat bermakna buat kami kerana tidak menyangka ianya Ramadan buat kali terakhir buat anak-anak,"katanya dengan nada sebak. Katanya, sehari sebelum itu dia sempat bersenda gurau dengan kesemua arwah anaknya namun tiada sebarang petanda ganjil atau pelik yang ditunjukkan,"katanya. Jenazah empat adik-beradik berkenaan yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar. Kempat-empat mereka Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira pukul 8.15 malam Khamis lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Naftalena: Iols ada dapat gambar jenazah ...
annehuda replied at 3-4-2023 04:52 PM
aku nmpk benda ni lebih kpd unsur kecuaian. anak paling besar baru 8 tahun. tinggal camtu je. kejad ...
Naftalena replied at 3-4-2023 04:34 PM
Iols ada dapat gambar jenazah adik beradik ni dalam toilet. Tak pulak semuanya terbaring menghadap k ...
Lily_Elizabeth_ replied at 3-4-2023 05:45 PM
Darlingku. Wartawan melayu kita suka sangat tambah ayat melancholic. Cam I dulu pernah masuk sokab ...
Lily_Elizabeth_ replied at 3-4-2023 05:48 PM
I ada terpikir benda sama lah you.
Cam how can terbakar.
dang_oniey replied at 3-4-2023 04:27 PM
sedih tu mmg sedih tp bila tau si bapa nya org rohingya ...hrmmmm
dang_oniey replied at 3-4-2023 04:27 PM
sedih tu mmg sedih tp bila tau si bapa nya org rohingya ...hrmmmm
Belibis replied at 3-4-2023 08:04 PM
Tu laaa..respek dengan acik porum..thread rohingya lain tak cukup tanah cerca,tapi thread ni penuh ...
B40tastePosh replied at 3-4-2023 08:10 PM
Cam mana boleh tau Rohingok?
ADVERTISEMENT