CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7196|Reply: 36

4 Beradik Maut Rumah Terbakar, Ibu Kata "Mereka Nampak Sangat Tenang, Seolah-Olah Baru Berwuduk"

[Copy link]
Post time 3-4-2023 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Muar: "Jasad empat anak terbaring kaku menghadap kiblat seolah-olah berjemaah sebelum pergi buat selamanya," kata Nabila Sedu, 31, yang kehilangan anak-anaknya dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Kampung Sabak Awor di sini Rabu, lalu.


Wanita itu berkongsi kisah tragis menimpa empat anaknya, Puteri Aisyah Tenko To, 8, Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4, dan Fatihah Aisyah, 3, meninggal dunia dipercayai akibat terhidu asap di bilik mandi kediamannya.


Dalam kejadian 7.49 malam Itu, kesemua ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di kediaman berkenaan.




Foto: Harian Metro




Menurut Nabila, dia dimaklumkan kejadian oleh rakan suami selepas selesai membeli keperluan berbuka puasa dan barangan lainnya kediaman sedang di jilat api.


"Saya bergegas pulang, kemudian melihat dengan lebih dekat, ketika itu saya sudah mengesyaki arwah anak kesemuanya meninggal dunia.


"Melihatkan keadaan jenazah mereka ketika itu tersusun arah kiblat memang tersentuh serta wajah kesemua arwah anak sangat tenang dan sejuk mata memandang, seolah baru berwuduk" katanya ketika ditemui di sebuah inap desa di Muar.


Hadir sama Ketua Kampung Sabak Awor Ismail Mohd Shah.


Menurutnya, ayam golek adalah menu kegemaran anak-anaknya sebagai juadah berbuka puasa dan mereka dapat menikmatinya beberapa hari sebelum tragedi itu.


"Saya bersyukur selama ini bukan saja mereka menceriakan Ramadan buat keluarga besar kami, malah kami turut dapat memenuhi keinginan hati perasaan mereka.


"Ianya sangat bermakna buat kami kerana tidak menyangka ianya Ramadan buat kali terakhir buat anak-anak,"katanya dengan nada sebak.


Katanya, sehari sebelum itu dia sempat bersenda gurau dengan kesemua arwah anaknya namun tiada sebarang petanda ganjil atau pelik yang ditunjukkan,"katanya.


Jenazah empat adik-beradik berkenaan yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar, di sini, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, Muar.


Kempat-empat mereka Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3 dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira pukul 8.15 malam Khamis lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnyaaa
Kang bila tengok ayam golek teringat
Time2 nak mintak tolong .panggil2 tak nyahut...baru teringat anak anak dah takde...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 03:53 PM | Show all posts
sedihnyaa. tabah btol mak nye. klu aku tak tau laa anak 4 org pegi sekaligus. Allahhhh terkilan rasa semua ada sbb keluar kejap tgal dorg
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:27 PM | Show all posts
sedih tu mmg sedih tp bila tau si bapa nya org rohingya ...hrmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada dapat gambar jenazah adik beradik ni dalam toilet. Tak pulak semuanya terbaring menghadap kiblat. Sorang tu dalam tong air besar n ada kesan plastik tong tu cair.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 04:48 PM | Show all posts
camne anak dia sorg leh lepas nama puteri? kemain pdhal bapak rohingya je pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2023 04:52 PM | Show all posts
aku nmpk benda ni lebih kpd unsur kecuaian. anak paling besar baru 8 tahun. tinggal camtu je.  kejadian pukul 7.49 org tgh buka puasa kot, ape yg makpak dia terdesak sangat tu sampai sanggup tinggal anak kt rumah senja-senja macam tu? bukan nk ckp makbapak dia bunuh anak, tapi siap ckp anak hadap kiblat la ape la. mcm takde rasa bersalah langsung.  
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Naftalena: Iols ada dapat gambar jenazah  ...


Darlingku. Wartawan melayu kita suka sangat tambah ayat melancholic. Cam I dulu pernah masuk sokabar gambar wanita melayu. Dia kata I suka menabung. Padahal kaki shopping. Sejak tu I mmg tak percaya ayat ayat sedih atau gembira wartawan melayu. Depa suka makeup story.

Innalillahiwarouhjiuon pada kanak kanak ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 3-4-2023 04:52 PM
aku nmpk benda ni lebih kpd unsur kecuaian. anak paling besar baru 8 tahun. tinggal camtu je.  kejad ...

I ada terpikir benda sama lah you.

Cam how can terbakar.
Pasal stove ke.

I first dgr berita cam something. Kenapa mak dia keluar (masa dalam berita tu).
Cam heran.

Kita kena api lighter sikit pun panas. Budak2 ni terbakar. Innalillahiwarouhjiuon.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:56 PM | Show all posts
Naftalena replied at 3-4-2023 04:34 PM
Iols ada dapat gambar jenazah adik beradik ni dalam toilet. Tak pulak semuanya terbaring menghadap k ...

sebab tu jangan mudah percaya dengan tahyul tahyul keagamaan


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 05:57 PM | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 3-4-2023 05:45 PM
Darlingku. Wartawan melayu kita suka sangat tambah ayat melancholic. Cam I dulu pernah masuk sokab ...

wartawan boleh diibaratkan sbg periwayat hadis abad ke 31 kene beriman kpdnya



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 3-4-2023 06:38 PM

lobai lobainita semue berjurai airmata dgr kisah kluarga rohingya ni, ntahla melayu kita xleh ade kisah bau2 islamik walaupun auta.. tgk mak dia pun xsedih pun, mninggal tu mmg lah kite ucap takziah innalillah segale tp xperlu tokok tambah cerita arah kiblat la bercahaya ala lps amik wuduk la, boleh x jgn gunekan agama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 3-4-2023 05:48 PM
I ada terpikir benda sama lah you.

Cam how can terbakar.

I tak cakap makbapak budak2 ni pembunuh ye,tapi I pun pelik jugak knp tinggalkan anak2 yg Masih kecil kat rumah je? Lagi-lagi bila I baca kesemua arwah ni dijumpai dlm bilik mandi. I bayangkan, bila diorg nampak api,nak keluar dah tak boleh sebab rumah dikunci, sebab panas masing-masing pun berkurung dalam bilik mandi. Mcm ada poremer cakap tu ada sorg tu dalam baldi air, I imagine mesti budak-budak tu dah kepanasan sangat tu.

Yg makbapak dia Masih boleh senyum bila wartawan amek gambar. Eh I cannot brain la. Budak-budak tu confirm dah bermain di syurga,yg makbapak dia tak payah berangan anak nak  tarik masuk syurga. I kalau kes cuai ni I mmg simpati pd budak tu je bkn pada makbapak depa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dang_oniey replied at 3-4-2023 04:27 PM
sedih tu mmg sedih tp bila tau si bapa nya org rohingya ...hrmmmm

Tu laaa..respek dengan acik porum..thread rohingya lain tak cukup tanah cerca,tapi thread ni penuh dengan kesayuan..kalah ebit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dang_oniey replied at 3-4-2023 04:27 PM
sedih tu mmg sedih tp bila tau si bapa nya org rohingya ...hrmmmm


Cam mana boleh tau Rohingok?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 3-4-2023 08:04 PM
Tu laaa..respek dengan acik porum..thread rohingya lain tak cukup tanah cerca,tapi thread ni penuh ...

Ualls ada baca tak karangan EL ni? Tak tinggal ye  ayat hari hari  anaknya aisyah nak jumpa ustat.
Aisshhh. Nak tepek gambar tak boleh pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti sunyi rumah. Dh tak de bunyi bising
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 08:43 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 3-4-2023 08:10 PM
Cam mana boleh tau Rohingok?

tengok betoi2 muka bapak dia.x dapat la aku bg simpati sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah kenapa aku tak rasa jesian kat parent ni. Sila jangan cerca. Tak rasa guilty tinggalkan anak berkunci??? Polis tak tangkap parent ni ke atas faktor pengabaian??? At least boleh bukak pintu selamatkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2023 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 3-4-2023 08:43 PM
tengok betoi2 muka bapak dia.x dapat la aku bg simpati sangat

Kira kurang 4 orang la warga rohingya?
Alahai..iols dah sedihnsungguh dah sebab iols pung anak 4..terpikir tibe2 anak2 takde..naik gila iols.dibuatnya...
Huuuhuuuu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.713868 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list