Suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori, di sini, semalam, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.
Mangsa, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42; bersama seorang anak yang terselamat dalam nahas itu, dikatakan baru pulang dari urusan kematian abangnya di Besut.
Sebelum kejadian, mangsa, Habsah sempat memuat naik yang juga status terakhir dengan meluahkan perasaan sedih selepas kehilangan abang iparnya di Facebook.
Difahamkan, pasangan terbabit hanya membawa anak lelaki ke Besut, manakala anak sulung dan kedua mereka tidak mengikut sama.
Akhbar ini melaporkan, suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori di Kilometer (KM) 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Faizul Azman dan isterinya, Habsah meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan itu juga turut menyebabkan anak pasangan terbabit, Muhammad Daniel Dzulkarnain Faizul Azman, 13, parah di bahagian muka.
Nahas membabitkan lima kenderaan iaitu sebuah lori, Proton Exora, Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyata Wish.
Sumber: HARIAN METRO
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My