CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Virus Covid-19 boleh ubah DNA manusia

26-3-2023 10:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 421| Komen: 4|Original author: Tatod

Description: Kajianbaharu yang diterbitkan dalam jurnal Nature Microbiology mendapati individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 mungkin mengalami perubahan struktur genom yang menjelaskan berlakunya imuniti dan ri ...
Kajian baharu yang diterbitkan dalam jurnal Nature Microbiology mendapati individu yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 mungkin mengalami perubahan struktur genom yang menjelaskan berlakunya imuniti dan risiko komplikasi jangka panjang akibat Covid-19, lapor portal berita Wion News kelmarin.


SARS-CoV-2 adalah virus penyebab Covid-19. Menurut kajian, virus itu boleh menyerang kromatin (DNA) iaitu struktur di mana bahan genetik dalam sel manusia disimpan.

Kajian itu mencadangkan bahawa sesetengah virus boleh merampas atau menukar kromatin manusia untuk membiak dalam sel tetapi sama ada atau bagaimana SARS-CoV-2 boleh menjejaskan kromatin masih belum diketahui.


"Kami mendapati bahawa banyak seni ‘binaan’ kromatin sel normal yang terbentuk dengan baik menjadi tidak teratur selepas jangkitan Covid-19,” kata Wenbo Li selaku Pengarang Kanan Kajian dan Profesor Bersekutu di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas.

Beliau memberikan contoh binaan kromatin dinamakan bahagian A/B yang diibaratkan sebagai bahagian yin(feminim) atau yang (maskulin) dalam kromatin manusia.

Bagaimanapun, selepas seseorang dijangkiti Covid-19, mereka mendapati bahagian yin dan yang kromatin kehilangan bentuk normalnya dan mula bercampur, kata Li.

Bukan sahaja bentuk tetapi juga komposisi kimia kromatin boleh diubah oleh SARS-CoV-2, demikian menurut kajian itu.


Seorang saintis yang merupakan sebahagian daripada kajian tersebut, Xiaoyi Yuan berkata, perubahan dalam pengubahsuaian kimia kromatin diketahui memberi kesan jangka panjang pada ekspresi gen dan fenotip.

Justeru, penyelidikan mereka dapat memberikan perspektif baharu untuk memahami kesan virus SARS-CoV-2 pada kromatin manusia yang boleh dikaitkan dengan sindrom dinamakan ‘long Covid’. 


Sumber: KOSMO! ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote CinnamonR 28-3-2023 12:35 AM
Pdhl efek vaksin...sah2 la vaksin tu ada teknologi mrna yg ubah dna manusia
Quote CiliPadiSedap 26-3-2023 09:48 PM
oh so magnet lekat kat bahu tu kesan side effect dia ek?
Quote Samerosie 26-3-2023 06:51 PM
Buritan: Tak phm aku
Kamu menanya? Hehehe

Baca omputih original news baru paham.  Katanya siapa yg dapat covid ni, virus tu alter dna, yin yang menda alah kromatin tu dia jadi combine instead of separated effecting how the symptoms in future serta buat sesetengah org dapat long covid.  Gitulah...nanti esok2 lain pula keluar resultnya mcm dulu kopi jadi kanser sekarang kopi bagus pula.
Quote Buritan 26-3-2023 01:10 PM
Tak phm aku

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.047236 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top