CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir di Perak, 179 mangsa dipindahkan

26-3-2023 09:54 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 232| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Seramai179 mangsa daripada 47 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan, malam tadi.Jurucakap Jawatank ...
Seramai 179 mangsa daripada 47 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan, malam tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak, memaklumkan 79 mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5, Taiping yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Relong malam tadi dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jana disebabkan kapasiti yang ramai.

"Selain itu, seramai 42 mangsa dari Taman Mawar 2 dan Kampung Jelapang Jaya di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Simpang.


Sumber FB JBPM Perak

"PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit Gantang bagi menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan terdapat 46 mangsa pula dipindahkan ke PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt selepas rumah penduduk kawasan itu dinaiki air," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada jalan yang terputus dan cuaca semasa di lokasi terjejas adalah baik ketika ini.

Katanya sehingga kini pelbagai agensi dan pasukan penyelamat meneruskan pemantauan di lokasi terbabit dan PPS, bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.027731 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top