CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami isteri maut selepas ziarah kematian abang

26-3-2023 10:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 375| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Suami isteri yang maut dalam kemalanganmembabitkan lima kenderaan termasuk lori, di sini, semalam, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.Mangsa, Faizul Azman Awang, 43, ...

Suami isteri yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori, di sini, semalam, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan, Pahang.

Mangsa, Faizul Azman Awang, 43, dan isterinya, Habsah Ismail, 42; bersama seorang anak yang terselamat dalam nahas itu, dikatakan baru pulang dari urusan kematian abangnya di Besut.

Sebelum kejadian, mangsa, Habsah sempat memuat naik yang juga status terakhir dengan meluahkan perasaan sedih selepas kehilangan abang iparnya di Facebook.


Difahamkan, pasangan terbabit hanya membawa anak lelaki ke Besut, manakala anak sulung dan kedua mereka tidak mengikut sama.

Akhbar ini melaporkan, suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk lori di Kilometer (KM) 46 Kampung Selamat, Sungai Tong, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Faizul Azman dan isterinya, Habsah meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu juga turut menyebabkan anak pasangan terbabit, Muhammad Daniel Dzulkarnain Faizul Azman, 13, parah di bahagian muka.

Nahas membabitkan lima kenderaan iaitu sebuah lori, Proton Exora, Nissan Navara, Perodua Axia dan Toyata Wish.


Sumber: HARIAN METRO







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 27-3-2023 12:13 AM
Innalillahiwainnalillahiroijiun…kesian kat anak2 yg tinggal dah jadi yatim piatu…xtau mcm mana rasa nak lalu ramadhan dan raya nanti

Btw nama arwah isterinya tu habsah ke(nama dlm berita) atau suriani (nama kat fb)?
Quote downiey 26-3-2023 01:06 PM
Innalillahiwainnalillahiroijiun

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.097672 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top