Mengetengakan tema jenayah penculikan yang sering berlaku
dalam kalangan masyarakat, Thorpe dalam masa sama mahu memberi pendedahan
kepada umum bahawa masalah ini tidak harus di ambil mudah.
Malah kisah benar yang berlaku sebelum ini juga menjadi
inspirasi buat syarikat produksi Osmosis Production dalam penghasilan filem
ini.
Thorpe dalam masa sama turut menyimpan hasrat untuk
menghasilkan sekuel filem ini dengan melibatkan kerjasama tiga buah negara
iaitu Malaysia, Indonesia dan Kemboja.
“Mengenai tajuk Tujuh Dua Belas, ia sebenarnya memberi
maksud kejadian penculikan yang berlaku dari pukul 7 pagi hingga 12 malam.
"Ia memberi mesej bahawa sekiranya berlaku kejadian
sebegini, tindakan pantas harus diambil segera.
“Sekiranya filem ini mencipta kejayaan, kami juga sudah
mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel yang kedua dengan gabungan
pelakon-pelakon Malaysia, Indonesia dan Kemboja,” luahnya.
Filem ini turut menampilkan Johan As’ari dan Adam Darwisyh
sebagai pelakon utama.
Tujuh Dua Belas dijangka bakal ditayangkan di seluruh
pawagam bermula 4 Mei ini.
Sumber: mStar