Kerja menambah lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kerja penambahan lorong itu siap lebih awal berbanding perancangan asal yang dijangka siap pertengahan April depan. Katanya, pada ketika ini, sebanyak 12 lorong tambahan RFID sudah mula beroperasi sejak 11 Mac lalu di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.
"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS kerana menambah 12 lagi lorong RFID di lebuh raya kendaliannya lebih awal dari yang dijadualkan sebelum ini.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|