Jika sebelum ini Lee Do Hyun hanya diberi perana sampingan namun namanya meningkat naik sejak membintangi drama siri popular The Glory.
Aktor itu mengakui pada awalnya bimbang selepas menerima tawaran siri terbitan Netflix itu namun galakan daripada penulis skrip Eun Sook membuatkan dia yakin membawakan watak sebagai Joo Yeo Jung.
Do Hyun, 27, itu juha memberitahu dia masih tidak tahu tentang populariti yang sedang diraihnya tetapi sejak muncul dalam The Glory, dia mula menerima pelbagai tawaran berlakon.
"Saya sendiri pun tak pasti sama ada saya popular atau tak tetapi saya kini banyak dapat tawaran berlakon," katanya.
Untuk rekod, Do Hyun memegang watak sebagai seorang doktor yang membantu Moon Dong Eun lakonan Song Hye Kyo yang merancang untuk membalas dendam.
Siri tersebut disiarkan sejak 30 Disember 2022 dan bahagian keduanya ditayangkan pada awal Mac lalu.
Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My