Description: Pada awal Januari lalu, teman lelaki pelakon kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani iaitu Antonio Dedola memeluk agama Islam.Berkongsi perkembangan jejaka berasal dari Jerman itu, Nikita memberitahu ke ...
Pada awal Januari lalu, teman lelaki pelakon kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani iaitu Antonio Dedola memeluk agama Islam.
Berkongsi perkembangan jejaka berasal dari Jerman itu, Nikita memberitahu kedatangan bulan Ramadan menyuntik semangat buat Antonio untuk cuba berpuasa.
Meskipun ini kali pertama Antonio berpuasa namun Nikita memberitahu dia memuji usaha lelaki tersebut yang bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama Islam.
"Antonio sudah mula berpuasa sejak semalam, dia masih belajar berpuasa," katanya menerusi Instipseleb.
Nikita juga memberitahu bahawa Antonio tidak terkejut dengan cara orang Islam memandangkan dia juga tinggal dalam kalangan komuniti Muslim di Jerman.
Tambah Nikita, teman lelakinya itu terbuka hati memeluk Islam selepas melihat dia dan keluarga menunaikan solat dan membaca al-Quran.
"Dia masuk Islam sebab Jerman banyak beragama Islam. Di sini (Indonesia) pun majoriti adalah Muslim.
"Malah, apabila dia lihat pembantu, anak-anak serta saya menunaikan solat dan membaca al-Quran dia jadi ingin tahu sebab itu akhirnya dia memeluk agama Islam,"katanya.