CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Kecewa Tak Jumpa Puteri Sarah "Saya Mahu Sarah Menerima Poligami Dan Berbincang Mengenai Giliran Untuk Bermalam"

24-3-2023 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33216| Komen: 405

Syamsul Yusof meluahkan  kecewa apabila harapan untuk bertentang mata dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, hari ini tidak kesampaian.


Syamsul yang diwakili sepupunya, Muhammad Nazri bagaimanapun menghormati proses yang dijalankan hampir dua jam itu walaupun dibuat secara berasingan hingga menyukarkan dirinya untuk mencari jalan perdamaian.


Foto: Harian Metro

"Melalui proses JKP pagi ini saya harap dapat berjumpa Sarah, tapi malangnya proses itu dijalankan secara berasingan. Saya akur dan mengharapkan masalah rumah tangga kami ini dapat diselesaikan secara baik.

"Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang mengenai giliran untuk bermalam bersama isteri-isteri. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.

"Saya sangka dapat bersemuka dengan dia tadi tapi proses JKP bukan sebegitu. Jadi saya agak kecewa namun hanya ikut proses mahkamah dan mampu buat yang terbaik,"katanya ketika ditemui selepas proses JKP berakhir yang dianggarkan berlangsung hampir dua jam.

Menurut Syamsul, penyelesaian untuk berpisah bukan satu keputusan yang mudah untuk dilakukan, sebaliknya banyak faktor lain yang perlu difikirkan.

"Orang selalu cakap kenapa saya enggan menceraikan Sarah. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal dalam kain.

"Perceraian bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi.

"Jadi sebab itulah saya nak sangat bertemu Sarah untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini dengan baik dan harmoni,"katanya.

Dalam masa sama, Syamsul memberitahu, dia akan mempertimbangkan permintaan Sarah untuk dilepaskan sekiranya wanita itu bersedia untuk bersemuka.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah sudah tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, menurut hukum syarak.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal_putih 24-3-2023 01:34 PM
baru ko nak pikir nafekah batin orang tu
mu meme klakar la soley

"Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang mengenai giliran untuk bermalam bersama isteri-isteri. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang"
Quote bottompro 24-3-2023 01:34 PM
Butuh hang. ???????? jantan loser
Quote toet2meoww 24-3-2023 01:35 PM
Kah3, kelakar.
Quote SherryZass 24-3-2023 01:36 PM
kat luar mahkamah takde pulak kau usaha nak berjumpa orang tu sol.
Quote IzzahF 24-3-2023 01:36 PM
Ya Allah, aku tahan je sbb posa kan

mana la otak dia tercicir
dasyat sangat bengapnya
minum air kencing ke sampai bodoh mcm ni
Quote shida81 24-3-2023 01:36 PM
sol.. kan sarah da ckp tempoh berbincang dah tamat skang sila bincang ngn lawyer dia
dia da tggu 4 thn tuk ko berbincang... ko ignore je
bile org tu dah x nk ko baru sibuk nk berbincang....
weyyy ko sedar diri ke x nih....
ko mcm hidup dlm dunia ko je kan... ko x kesah pun apa si sarah nk janji ko dpt apa yg ko nk...
eh pberbuih la mulut2 org ni terkumat kamit sambil menaip
Quote cik_ingeniare 24-3-2023 01:37 PM
yihhh sangat statement.. btw, sesungguhnya meols berpuasa hari ni.. tak mau kecam lebih
Quote IzzahF 24-3-2023 01:37 PM
hak bermalam pungkok dia la, dia pikir PS tu lalu la kotey bekas bohsia tu
masa org tu carik ko, ko block dia, satu sen tak pikir apa2 hak

hujung2 nk bincang hak bermalam? ko pikir kotey ko jadi rebutan?
kawen sbb nk mengotey je ke?
deyyyy bg bohsia boleh la
Quote IzzahF 24-3-2023 01:38 PM
mohon mak si sol ni bg la dia minum air kaki
benak bengap luar biasa sungguh

Quote immaryjane 24-3-2023 01:38 PM
Edited by friedfishsoup at 24-3-2023 03:51 PM

Puteri sarah ni jahat, laki dh ajak berjmpe. Dia tk nk pulak. Org tu nk berbcang secara aman, nk bg adil pn tk nk
Biarlah 4 tahun gntung tk bertali, setahun kne block. Terima je lah. Sape suruh dlu, tu la balasan dia. Sol tu mnusia biase, ade nafsu.
Ps tak ade nafsu and perasaan.
Ptut sol report jugak kt jais pasal ps sundal zaman muda2 dlu, ingat dia je boleh report laki zina bfore kwen.

Okay i dh taipkn utk penjilat solident
Quote makadek 24-3-2023 01:39 PM
Mcm tu je dia main paksa2
Quote makciktijah 24-3-2023 01:39 PM
mana ada paksaan utk isteri menerima poligami. kalau bermadu tu buat isteri tu hari2 berdosa mencaci suami, jadi meratap nasib marahkan takdir segala, Islam bukannya zalim nak paksa isteri tu kekal dalam marriage tu.

tiber pulak sol ni nak sarah terima poligami. ko berpoligami pun kat siam, pastu nak sarah terima itu ini. taik betul perangai, eloklah dok dalam famili degawan.
Quote kmbg 24-3-2023 01:39 PM
Edited by kmbg at 24-3-2023 01:41 PM

Mcm cilaka ja..da binik xmau tu lepas ja lah..eh eh bole plak nk discuss turn bermalam bagai..abes puasa sis dok memaki hamun samdol ni..nasib harini xpuasa
Quote KelisaSilver 24-3-2023 01:39 PM
epal_putih replied at 24-3-2023 01:34 PM
baru ko nak pikir nafekah batin orang tu
mu meme klakar la soley

eeiiuuuuuwwww geli kot gilir2 ko nak celup. . dah 4 tahun baru nak bincang? hmmmmm
Quote Kitty_catz 24-3-2023 01:41 PM
dia bukan serious la

ni namanya trolling

dia saja troll si PS tu

Quote SherryZass 24-3-2023 01:43 PM
immaryjane replied at 24-3-2023 06:38 AM
Puteri sarah ni jahat, laki dh ajak berjmpe. Dia tk nk pulak. Org tu nk berbcang secara aman, nk bg  ...

haha. Aku baru nak hangin chuolls, sekali plot twist daaa...

Quote becir 24-3-2023 01:43 PM
Ewww kongsi2 deek geli je
Quote nylliette 24-3-2023 01:44 PM
4 tahun tggu bincang tapi kau menyundal dgn birah yg send2 video plak kt dia. kalau aku pun takmau dah sol jantan cam hang. dah tu kena bincang kat depan org2 tu ka, awat tak leh balik rumah makpak kandung pun bole bincang giliran2 tu, masalah dulu depa tanya hang kata takmau kat birah, dgn tak balik2 rumah anak2 pun x jumpa tetiba nikah kat siam. hadui tersiat2 hati seorg wife hang takleh pikiaq ka sol
Quote laksmanabentan 24-3-2023 01:46 PM
baru kali ni nampak sol ni bersuara kan...
sebelum ini diam tak berkutik... hahahaha...

Lihat semua komen(405)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.117492 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top